Sudah lebih 60 tahun merdeka tetapi tidak dapat dinafikan, diskriminasi kaum masih lagi menebal di kalangan masyarakat Malaysia. Tidak kiralah semasa mencari pekerjaan, mahupun ketika mencari rumah sewa, masih ada pemilik yang lebih memilih kaum atau agama tertentu, malahan secara terang-terangan di dalam iklan.
Kredit foto: World of Buzz
Lihat sahaja di mana-mana ruangan iklan suratkhabar. Pasti ada tapisan untuk 'Melayu sahaja', 'Muslim sahaja', 'Indian Only' ataupun 'Chinese Only'. Sehinggakan perkara ini sudah sebati dalam masyarakat dan dianggap biasa.
Kredit foto: Twitter
Baru-baru ini Divyang Hong, seorang bakal guru keturunan kacukan India dan Cina (atau Chindian) memuatnaik status di Twitter menceritakan kepayahannya mencari rumah sewa.
Memetik sumber World of Buzz, dengan latar belakangnya dari dua kaum utama di negara ini, Divyang menyangka peluangnya untk mendapat rumah sewa akan lebih mudah, tambahan pula beliau boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya!
Kredit foto: Carian Google
Divyang telah menelefon pemilik sebuah rumah di Pulau Pinang yang mengiklankan untuk 'Chinese Only'. Pada mulanya beliau dilayan dengan baik ketika berbual dalam bahasa Mandarin.
Bagaimanapun apabila mendapat tahu ibu beliau adalah seorang India, tuan rumah serta merta menolaknya. 'Kami tidak terima kacukan, hanya seratus peratus Cina' katanya.
Kredit foto: Carian Google
Kes seperti ini tidak terhad kepada suku kaum Cina sahaja, tetapi kerap berlaku kepada suku kaum lain juga. Divyang dalam tweetnya menggesa warga Malaysia Baru untuk mengubah persepsi negative masing-masing terhadap sesebuah kaum.
Memetik kata-kata Divyang, mungkin sudah sampai masanya pemilik rumah perlu memilih penyewa berdasarkan kriteria yang adil dan munasabah, bukannya berdasarkan kaum. - CARI |