View: 7599|Reply: 64
|
[Dunia]
Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi
[Copy link]
|
|
PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) sebelum ini mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002 NT7 dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi.
Menurut NASA, batuan angkasa itu dijangka menghentam bumi pada 2019 pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.
Mengikut perkiraan NASA, asteroid itu dijangka menghentam bumi iaitu pada 1 Februari.
Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu kemudian ditarik serta-merta oleh pihak NASA.
Jelas NASA itu, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.
Tambah mereka, 2002 NT7 bakal melintasi bumi tanpa terjadi sebarang pelanggaran, iaitu dijangka pada 13 Januari ini.
Sementara itu, tindakan NASA yang secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman, juga telah menjadi topik perdebatan hangat.
Portal Daily Star melaporkan, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk 'menutup' ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.
Menurut mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai 'risiko impak positif' yang dipercayai bakal menghentam bumi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tanda tanda PH akan tumbang |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 apocalypse elohim hanya target ummah semenanjung jah..mengikut ostard sunni...samb share artikel guna gamba movie2 hollywood. |
|
|
|
|
|
|
|
korang yg dah ketakutan silalah sedekahkan wang dalam akaun ke dalam akaun saya
sila pm... moga2 beroleh pahala |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...akak mmg suka event2 besar mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
jap lg kluar teori Neon Party Port Dickson 2018...punca asteroid NT7777 hantam bumi |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong sebarkan pada 66 orang rakan whatsapp anda.
Jika tidak Allah akan melaknat anda selama 20 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni ada org kalut2 kata ada ustaz (xsure) kata bln 3 nnt ada fenomena bergelap selama beberapa hari..pehtu nnt bila terang balik kita dot dot..
Sebab kes asteroid ni ke sebenarnye? |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 yang takut mampus sila lah bersembunyi di tempat selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Seoatutnya jatuh dekat kl. Tapi disebabkan 1 februari cuti hari wilayah, tak jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia bakalan pupus spt dinasor |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh berforum lagi kah jika asteriod menghentam bumi? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lg x tiket ke planet lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2019 ni rasanya teknologi da cukup canggih nk tembak asteroid tu pakai laser etc. Klu NASA sembunyikan pun probably masih dlm stage yg dorg boleh selesaikan instead of hebahkan sana sini creating public panic attack. |
|
|
|
|
|
|
|
jika benaran, maka kita bermaaf2an lah di porem ni...kt redha jer dgn segala ketentuanNya |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik jaaa...buleh lastik asteroid tu..ubah haluan...ileks aa...sap kok luu. |
|
|
|
|
|
|
|
Loxlaxman replied at 3-1-2019 12:30 PM
Kecik jaaa...buleh lastik asteroid tu..ubah haluan...ileks aa...sap kok luu.
ntah la.. dah 3 batang rokok aku Isap.
tak jugak dapat solution nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan banyak di forum cari yea ? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2019 01:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tidak benar asteroid bakal hentam bumi pada 1 Februari - ANGKASA
Astro Awani | Published Januari 03, 2019 12:48 MYT
NASA sebelum ini mengumumkan asteroid gergasi bergelar 2002NT7 bakal memasuki atmosfera bumi.
KUALA LUMPUR: : Asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019? Tidak benar!
Demikian tegas Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan hari ini.
"MESTECC melalui ANGKASA telah menerima pertanyaan dan reaksi orang ramai terhadap laporan berkaitan asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019.
"ANGKASA ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak benar," katanya.
Oleh itu, ANGKASA menasihatkan orang ramai agar tidak gusar atau bimbang berkaitan perkara tersebut.
Pada Rabu, memetik portal Daily Star, pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) dilaporkan mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002NT7 dipercayai bakal memasuki atmosfera Bumi.
Mengikut perkiraan NASA, asteroid itu dijangka menghentam bumi pada 1 Februari tetapi ramalan itu bagaimanapun ditarik balik serta-merta.
ANGKASA berkata, asteroid yang diberi gelaran 2002NT7 itu telah dijumpai NASA pada 2002.
"NASA telah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid terbabit akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 dengan kebarangkalian kurang dari 1 peratus.
"Bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut menghentam Bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil," katanya.
Hasil semakan dan penelitian ANGKASA, pihaknya mengesahkan asteroid tersebut tidak akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 seperti dilaporkan.
ANGKASA oleh itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan berita yang tular dan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|