|
Kate Middleton dan Meghan Markle yang berdamai pada sambutan Hari Natal baru-baru ini, dikatakan telah meluahkan perasaan masing-masing.
Kredit foto: Glamour
Memetik Us Weekly, sumber dalaman mendedahkan Duchess of Cambridge itu meluahkan perasaannya terhadap isteri kepada Putera Harry.
"Kate berkata, dia merasakan Meghan telah mempergunakannya untuk mengejar pengiktirafan dalam keluarga Diraja," kata sumber kepada Us Weekly.
Sementara itu, Duchess of Sussex, 37, mengakui beliau terasa seperti ditindas oleh Kate, 36.
Bagaimanapun, kedua-dua duchess itu telah mengenepikan ego masing-masing dan berdamai pada Hari Krismas di mana mereka menyambutnya dengan keluarga Diraja lain di Sandringham House di Norfolk, England.
"Berada di bawah satu bumbung bermakna mereka tidak selamanya dapat mengelak antara satu sama lain," ujar sumber berkenaan. - CARI |
|