CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1623|Reply: 2

Dua Bulan Nafas Berbunyi Aneh Akibat Tertelan Wisel

[Copy link]
Post time 4-1-2019 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki dari Bandung, Indonesia akhirnya boleh bernafas secara normal dengan tanpa mengeluarkan bunyi aneh setelah wisel yang tersangkut dalam kerongkongnya selama dua bulan berjaya dikeluarkan baru-baru ini.


Memetik laporan Kompas pada 20 Disember 2018, pada Oktober 2018, Asep Yaya, 9, mengeluarkan wisel plastik berukuran kira-kira tiga sentimeter yang dipasang pada tapak sandal kanak-kanak agar ia berbunyi setiap kali dipijak.


Wisel plastik berukuran kira-kira tiga sentimeter yang dikeluarkan dari keronkong Asep. Kredit foto: Kompas


Ketika Asep meniup wisel itu, seorang adik saudaranya melompat ke atasnya, sekali gus menyebabkan dia terjatuh sebelum tertelan alat bunyian tersebut.

Sejak itu, Asep akan mengeluarkan bunyi yang pelik setiap kali dia menarik nafas.

"Selama dua bulan, bunyi halus dan nyaring kedengaran semasa dia mencungap kepenatan atau ketika dia tidur nyenyak," kata bapanya, Subandi.


Laporan stesen televisyen RCTI tentang insiden Asep tertelan wisel. Kredit video: YouTube



Namun, Subandi bersyukur kerana wisel itu tidak mengganggu selera atau sistem pencernaan Asep.

Katanya lagi, wisel tidak dapat dileluarkan dari kerongkong Asep dengan segera kerana keluarganya tidak mempunyai wang untuk menampung kos perubatan.

Mereka terpaksa memohon pembiayaan pelan penjagaan kesihatan nasional di bawah sebuah agensi kerajaan di Indonesia dan sementara menunggu permohonan diluluskan, Asep menjalani pemeriksaan di beberapa buah hospital selama dua bulan.


Foto: Detik.com


Sepanjang tempoh itu, Asep sering ponteng sekolah kerana murid-murid lain sering membulinya disebabkan oleh bunyi nafasnya yang pelik.

Akhirnya, Asep menjalani bronkoskopi di Hospital Hasan Sadikin, Bandung pada 20 Disember lalu dan wisel itu berjaya dikeluarkan selepas 30 minit prosedur tanpa pembedahan itu bermula.

Semoga insiden yang berlaku terhadap Asep menjadi pengajaran kepada semua kanak-kanak agar tidak meletakkan alat mainan yang kecil berdekatan mulut mereka. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 07:06 PM | Show all posts


mintak mahap, aku gelak sampai berguling
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cis aku igt bunyi wisel ...yg kluar bunyi trompet
Apa2 pun kesian xde duit punya psl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041266 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list