View: 3168|Reply: 11
|
Kris, Kendall Jenner Dikecam Raih Publisiti Sebab Empayar Kardashian Hampir 'Jat
[Copy link]
|
|
Awal minggu ini, Kris Jenner membuat satu status di Twitter mengenai salah seorang anaknya, Kendall Jenner. Katanya, Kendall akan berkongsi satu pengumuman penting hari ini dan ia sangat peribadi dan akan membantu ramai orang.
Kredit foto: People
Ramai yang tertanya tanya "Adakah Kendall akan tampil dengan masalah depresi?
"Adakah Kendall akan mendedahkan dia lesbian?
"Adakah Kendall menghidap penyakit berbahaya?" atau banyak lagi spekulasi lainnya.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, hari ini model yang mempunyai kekayaan bernilai ASD 30 juta (RM125 juta) itu telah menjawab banyak persoalan ramai dan mendedahkan pengumuman penting itu sebenarnya berkaitan masalah jerawat yang dihadapinya dan dia telah dilantik oleh syarikat ubat jerawat jenama SPOT keluaran ProActiv dengan bayaran serba lumayan, sekali gus mahu semua peminatnya membeli ubat tersebut.
Kredit foto: Daily Mail
Peminatnya yang sudah menanti dengan sabar apakah 'pengumuman maha penting' itu berasa tertipu dan melabel dua beranak terbabit mencari publisiti murahan serta tidak tahu malu.
Kredit foto: Proactive
Kris Jenner menerima tamparan hebat dengan ribuan komen yang mengejinya di Twitter. "Kamu bergurau ke? Ini ke pengumuman penting tersebut Kris?" kata seorang peminatnya.
"Ini cubaan untuk mencari publisiti murahan, wanita kini menjadi mangsa rogol, penderaan dan banyak lagi isu penting tapi Kendall tampil dengan pengumuman masalah jerawat, keji!" kata seorang lagi.
Kredit foto: Twitter
Ramai pemerhati berpendapat ini cubaan Kris untuk menaikkan siri televisyen Keeping Up With The Kardashian. Kemuncak siri ke 15 tayangannya di E!News hanya mendapat 851,000 penonton, jatuh 37 peratus berbanding musim sebelumnya.
Kredit foto: Twitter
Di sebalik kecaman, Kriss Jenner yang juga pengurus kepada kerjaya keluarga Kardashian berkata dia tetap bangga dengan pendedahan penting Kendall itu.
Nampaknya, satu lagi petanda jenama Kardashian akan menemui penamatnya sedikit masa lagi. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
What do you expect from Kris Jenner? |
|
|
|
|
|
|
|
halaa dah mmg kaki propa, apa nk tekezut nya |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sejak kluar KUWTK season 1 cam terfikir diorang ni sapa.. apsal orang hadap sangat.. dan sampai sekarang aku masih tak faham motif rancangan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan. aku pun tak paham kenapa rancangan ni wujud, dan lagi tak paham kenapa orang follow
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan nak cerita masalah sheols yg anxiety sebab kerja banyak. Walaupun siap memilih job tp tetap anxiety |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan nak cerita masalah sheols yg anxiety sebab kerja banyak. Walaupun siap memilih job tp tetap anxiety |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la.. nak kata dia menyanyi tak jugak.. nak kata masak lagi la jauh.. balik2 post tayang asset dia bontot kim yang membuak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHHA. 'Pengumuman penting' sangat!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tak paham apsal org ikut sgt keluarga ni.. dah la haru biru, kurang ajar semua.. semuanya contoh tak baik.. pfff |
|
|
|
|
|
|
|
mampu gelak je lah dgn diorng ni...propa nk mampus.. 'big announcement' la sgt |
|
|
|
|
|
|
|
kendall ni nampak innocent tp kontroversi die byk gak
isu iklan pepsi tu. dgn hny setin pepsi dpt mewujudkan keamanan dunia
isu buat tshirt mahal nak mampus, tp tepek muka die ngan legend dunia seni. ko sape noks ko tu takde talent mcm the legend tu. smpi kene saman ngan family tupac sbb guna gambar tupac tanpa kebenaran
isu statement pasal die pilih keje modelling, tak mcm model lain suma pun rembat
eh mcm2 gak minah ni wat isu. nampak sgt family kardashian is so out of touch with reality
|
|
|
|
|
|
|
| |
|