Penguin adalah sejenis burung akuatik yang tidak boleh terbang dan hidup di tempat sejuk seperti di Kutub Selatan. Bilangan spesies penguin masih tidak dapat dinyatakan dengan tepat kerana habitatnya sukar dicapai manusia. Dianggarkan, terdapat lebih kurang 17 hingga 20 spesies burung penguin.
kredit foto : allthatsinteresting.com
Spesis penguin Antartik spesifik yang diberi nama Adelie, mempunyai warna najis unik dan sangat banyak sehingga boleh dilihat dari satelit!
Penguin jenis ini memakan sejenis makanan laut krustasea kecil berwarna merah jambu yang diberi nama kril. Penguin jenis ini makan terlalu banyak kril sehingga menyebabkan najis mereka berwarna merah jambu. Unik, bukan?
Kredit foto: Liam/Quinn/ Wikimedia Commons
Najis-najis ini terlalu banyak dan mencemari lereng-lereng bukit tempat habitat penguin ini sehinggalah melekat pada badan penguin itu sendiri. Malah, boleh dilihat imej kesan najis tersebut dari satelit!
kredit foto : dailymail.co.uk
kredit foto : allthatsinteresting.com
Imej tompokan najis yang dikesan melalui satelit membekalkan maklumat penting buat para pengkaji yang sedang mengkaji kelakuan penguin jenis ini.
Sukar untuk mengesan penguin ini melalui satelit. Tetapi, oleh kerana tompokan najis berwarna pink itu jelas dilihat dari satelit, pengkaji dapat mengesan kedudukan sebenar koloni Adelie itu.
Kredit foto: Daily Mail
Adelie dikesan di Danger Islands, sebuah pulau yang tidak selamat untuk dikunjungi orang ramai dan disebabkan lapisan ais yang sangat tebal, para pengkaji mengalami kesukaran untuk benar-benar meneroka kawasan itu.
Dengan adanya imej satelit najis tersebut, pengkaji sekurang-kurangnya dapat mengetahui tempat spesifik Adelie dan mereka berhasrat untuk ke sana terus ke habitat yang dikesan bagi meneruskan kajian berkenaannya. - CARI |