CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1663|Reply: 9

Curi Mayat Remaja Dari Kubur Untuk 'Perkahwinan Hantu Cina'

[Copy link]
Post time 9-1-2019 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Polis di China menyiasat kehilangan mayat remaja berusia 18 tahun dari kuburnya dipercayai bagi tujuan ‘perkahwinan hantu'.








Perkahwinan hantu merupakan satu kepercayaan di mana mayat 'dikahwinkan' dengan orang yang masih hidup dalam upacara yang dianggap membawa kedamaian kepada si mati dalam kehidupan selepas mati.


Amalan itu dilakukan terutamanya jika pengantin perempuan atau pengantin lelaki meninggal dunia secara tiba-tiba sebelum majlis perkahwinan mereka atau seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan masih bujang.


Mirror melaporkan, keluarga mangsa di sebuah kampung di wilayah Shanxi, utara China itu percaya mayat saudara perempuan mereka yang meninggal dunia pada usia 18 tahun dicuri dari kubur bagi tujuan berkenaan.


Menurut keluarga mangsa, remaja itu dikebumikan dalam satu upacara sederhana hampir dua dekad yang lalu dan tiada sebarang 'barangan bernilai' diletakkan di dalam kerandanya.


Hasil pemeriksaan awal, sepasang sarung tangan ditemui di tapak perkuburan berkenaan disyaki milik salah seorang penggali kubur.




Kredit foto:





Difahamkan, beberapa individu tidak dikenali pernah mengunjungi rumah keluarga mangsa untuk membeli mayat gadis itu untuk dikahwinkan, namun keluarga mangsa bagaimanapun menolak permintaan mereka.


Pada 2015, 14 mayat wanita direkodkan telah dicuri dari kampung berkenaan, lapor BBC.


Pihak berkuasa China telah mengharamkan perdagangan mayat pada Ogos, 2006 dan penjenayah yang melanggar undang-undang itu bakal berdepan tiga tahun penjara. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 11:50 AM | Show all posts
hahahaha.....republik china memang aneh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 12:40 PM | Show all posts
Dah mati pun tak senang masih jadi rebutan disebabkan adat dan kepercayaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Dah mati pun tak senang masih jadi rebutan disebabkan adat dan kepercayaan

itu pasal islam di turunkan. kalau kat pantai timur tak tahu ada lagi tak upacara campak lembu tgh laut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul ummah cina ni kan? Nangis budha tgk perangai depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 04:24 PM | Show all posts
pelik la ummah china ni..makin ramai penduduk makin sesak otak sampai xleh berfikir ngan waras
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2019 04:38 PM | Show all posts
Kawen jer la dgn bunian..takyah susah2 nak korek kubur
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 09:20 AM | Show all posts
bila da tak pandai pikir antara sesat dan jalan benar.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina ni mmg tamak..dr hidup sampai mati dah jadi mayat pon boleh buat duit..sbb tu bangsa ni kat mana2 pon kurang ajar..dah bg betis nak peha...dasar kafir laknat
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengong..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.291469 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list