Seorang lelaki bertindak membunuh diri selepas menembak mati kekasihnya.
Kejadian yang berlaku di Koat Kisaran, Asahan, Sumatra Utara itu menyaksikan mayat kedua-duanya ditemui dalam keadaan bogel dan berlumuran darah dalam sebuah bilik hotel.
Tribun News melaporkan, pasangan yang dikenali sebagai Hasyim Prasetya, 33, dan Dewi Istiana, 23 itu kecewa kerana pertunangannya dibatalkan selepas tidak mendapat restu daripada ibu bapa perempuan tersebut.
Dewi dan Hasyim, Kredit foto: Tribun News
Mayat mereka berdua ditemui selepas pekerja hotel berasa curiga kerana mereka gagal mendaftar keluar selepas waktu yang ditetapkan.
Ketua Polis Asahan, Faisal Napitupulu berkata,
“Mereka masuk ke Hotel Central pada hari Ahad sekitar jam 10.30 pagi (waktu tempatan) sebelum ditemui mati keesokannya pada jam 12 tengah hari. Hasyim terlebih dulu menembak belakang kepala Dewi lalu menembak kepalanya sendiri.
“Senjata yang digunakan Hasyim untuk menembak Dewi dan dirinya sendiri adalah pistol yang menggunakan peluru 5.56 milimeter."
Berdasarkan perbualan WhatsApp antara Hasyim dan Dewi, lelaki itu kecewa selepas pertunangan mereka dibatalkan.
Difahamkan Dewi dan Hasyim sudah lama bercinta namun Dewi mahu ditunangkan dengan orang lain. -CARI |