View: 20365|Reply: 231
|
[Tempatan]
Pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu & Kerbau Peliharaan Ayahnya Memena
[Copy link]
|
|
Tahniah Pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu
Gambarnya bersama kerbau peliharaan ayahnya. Jurufoto yang mengambil gambarnya telah memenangi 20 gambar terbaik Dunia dan juara peringkat Asia |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kerbau macam kawan - Mohd Syukur
JUMAAT, 11 JANUARI 2019 @ 11:32 AM
Muhammad Syukur Khamis, 14, bersama kerbaunya di Kampung Kubang Bujuk. Syukur menjadi perhatian dunia selepas gambar keakrabannya dengan kerbau yang dirakam seorang jurugambar tular di media sosial. - Foto Ghazali Kori
Muhammad Syukur Khamis, 14, bersama kerbaunya di Kampung Kubang Bujuk. Syukur menjadi perhatian dunia selepas gambar keakrabannya dengan kerbau yang dirakam seorang jurugambar tular di media sosial. - Foto Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: “Tak pernah terlintas di fikiran minat dan kelebihan saya bermanja dengan kerbau membuatkan saya terkenal sehingga ke luar negara,” kata Mohd Syukur Khamis, 14, yang foto memaparkan aksi manjanya bersama haiwan itu tular di media sosial.
Pelbagai aksi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu dengan kerbau peliharaan bapanya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.
Gambar tular itu dirakamkan jurugambar dikenali sebagai Dollah Deen Photography yang berasal dari Kelantan tetapi bekerja di Kuala Terengganu dan Mohd Nazri Sulaiman yang juga anak jati negeri ini tetapi kini menetap di Kuala Lumpur.
Keunikan gambar itu melayakkan Mohd Nazri yang menetap di Kuala Lumpur memenangi anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.
Malah, selain Mohd Nazri, sebelum ini sudah ramai jurugambar yang memenangi anugerah hasil gambar memaparkan momen Mohd Syukur bersama haiwan ternakan itu.
Mohd Syukur berkata, sejak usia sekecil empat tahun dia sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, di sini, menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.
Malah, ketika mengikuti Mohd Syukur ke kandang kerbau itu haiwan berkenaan umpama taat dan mendengar kata, serta menurut segala arahan remaja itu lantas memudahkan sesi fotografi.
Mohd Syukur yang mesra disapa Kur di kalangan ahli keluarganya berkata, dia tidak takut bermanja dengan peliharaan itu yang dianggap sebagai rakannya.
“Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa.
“Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung memilih kerbau kerana jumlahnya yang banyak sehingga lebih 100 ekor,” katanya yang menjadi perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India sejak 2016.
Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.
“Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya menyusukannya setiap hari dan menjaganya sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya dan sering menjadi teman ketika fotografi bernama Awang juga sudah mati,” katanya.
Anak bongsu dari lapan beradik itu berkata, walaupun sering didatangi jurugambar yang mahu merakam gambarnya, keluarganya tidak pernah menetapkan sebarang bayaran, sebaliknya tumpang gembira apabila jurugambar bertuah memenangi pertandingan antarabangsa.
“Cuma kebanyakan jurugambar ada memberi ‘tips’ dan jika ada saya terima, jika tak ada pun tak mengapa. Saya bersyukur kerana dengan kelebihan saya ini, sehingga kini saya dapat menyimpan kira-kira RM1,000 hasil ‘tips’ yang diterima,” katanya yang bercita-cita menjadi penternak.
Mohd Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan.
“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong di sini, hari ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Foto & Penceritaan Tersendiri |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kiah.comei replied at 11-1-2019 11:52 AM
Gambar nya mana tt..
TT tengah semput nak tepek
Sabo sat na |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Keindahan gambar penuh makna |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bahagia itu tidak ternilai |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya gambar2 |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh... memang ada class gambar semua ni..
Cantik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2019 11:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 11-1-2019 11:53 AM
The Kerbau Boy
Seram pulak tengok tanduk kerbau ni...
Panjang nau... |
|
|
|
|
|
|
|
Wow moments pic sgt cantek |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 11-1-2019 11:50 AM
Kerbau macam kawan - Mohd Syukur
JUMAAT, 11 JANUARI 2019 @ 11:32 AM
Bagus adik ni... terharu membaca nya..
“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong di sini, hari ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kiah.comei replied at 11-1-2019 12:01 PM
Bagus adik ni... terharu membaca nya..
“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembir ...
Kalau kerbau banyak and ada susu boleh buat mozarella cheese... best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang cantik.... |
|
|
|
|
|
|
|
tarik napas panjang2 TT.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Yaa... tahniah, fotonya very artistic, clear n very sharp. |
|
|
|
|
|
|
| |
|