Foto: Google
Seorang pengguna twitter bernama Faiz Wahab @faizwahab baru-baru ini telah berkongsi satu teknik pengurusan kewangan yang sangat mengujakan dan rasanya ramai lagi yang tak tahu cara Main Kutu Cara Hipster ini.
Seperti yang semua orang tahu bermain kutu ini selalunya memerlukan beberapa orang ahli dan kemudian duit yang terkumpul setiap bulan akan diberikan kepada ahli mengikut giliran.
Tapi cara hipster ini hanya perlu 'bermain sendiri' sahaja tanpa perlu mengumpul beberapa orang ahli untuk menjayakannya.
Pengguna twitter tersebut mengatakan yang dia sebenarnya menyukai system kutu ini cuma dia tak suka beberapa risiko dalam kutu:
1. Ada orang tak bayar
2. Orang pecah amanah
3. Kena cabut undi bila kita nak dapat
Bagi mengatasi masalah ni, Faiz telah berkongsi tutorial dimana ada satu features yang cool di Maybank2u. Jadi pengguna Maybank2u boleh lah mencubanya selepas ini ya.
Memang superb! Caranya adalah menggunakan Goal Saving Plan dalam Maybank2u.
Setakat ini katanya kita perlu menggunakan di laman web Maybank2u memandangkan di apalikasi telefon belum lagi tersedia.
Bagi tutorial ni Faiz telah buat untuk kutu tabung korban. Dia menjangkakan bulan 7 nanti dah penuh tabungannya.
Lepas login Maybank2u, terus tekan pada create goal +
Satu menu akan muncul pada skrin
Isi butiran macam mana yang anda mahu. Untuk tabung korban Faiz, dia buat untuk 7 bulan sahaja.
Lepas tu akan muncul di skrin untuk comfirmation. Semak balik dan pastikan semuanya betul.
Tekan sahaja comfirm bila semua maklumat yang diisi adalah betul.
Dah siap tabung kutu korban anda.
Kalau anda nak buat tabung untuk raya ke, tabung travel atau tabung nak buat suprise birthday semuanya boleh.
Tak perlu pening dan risau, nak hadap semua dengan ahli-ahli kutu yang bermacam ragam.
Kalau nak buat tabung untuk road tax dengan insurans/takaful kereta pun boleh. -CARI
|