"Cerita pasal Islam, tapi gambarnya penuh dengan peha perempuan!"
Antara ikon anak muda yang berpengaruh, Caprice sentiasa dijadikan contoh dan rujukan remaja yang mahu membuat kebaikan. Namun apabila Caprice memuat naik gambar lima model wanita yang menggayakan koleksinya, ia menjadi kecoh! Ini kerana dikatakan gambar tersebut agak seksi dengan menggayakan seluar ketat dan skirt pendek hingga menampakkan betis hingga peha!
Bagi netizen, ia seakan tidak sealiran dengan penampilan penyanyi rap tersebut yang sentiasa menceritakan tentang keindahan Islam.
Kredit foto: IG
Bukan sahaja pakaian yang dikenakan tidak sopan, malahan gaya model juga langsung tidak menepati ciri-ciri Islamik yang sentiasa dilaungkan oleh Caprice. Bagi segelintir netizen, menjual baju tidak salah tetapi biarlah gambar yang diambil tidak mengundang fitnah.
IG
Teguran tersebut diberi dengan tujuan agar Caprice tidak terlalai dengan nikmat dunia. Namun begitu ada juga netizen yang beranggapan bahawa model tersebut bukan Muslim seperti yang disangka, malahan Caprice turut memberi jawapannya.
IG
Bagaimanapun, sesetengah netizen mahu Caprice lebih berhati-hati memuat naik gambar, kerana apa sahaja alasan menggunakan model bukan muslim untuk 'photoshoot' boleh dibuat dengan gaya lebih sopan dan bukannya dengan pose terkangkang serta menampakkan bentuk kaki itu sendiri.
Mengenali Caprice yang sentiasa menggunakan watak wanita dalam video klipnya yang juga 'daring', sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan dengan gambar ini. Mungkin niat Caprice mahukan produknya dipakai oleh pelbagai bangsa di Malaysia, namun bagi netizen biarlah ia dilakukan dengan penuh sopan, bukannya pose yang membuatkan lelaki menelan air liur. Anda pula bagaimana? - CARI
|