Isu poligami sentiasa jadi perbualan hangat di antara kaum lelaki dan wanita. Yang lelaki mengatakan itu adalah Sunnah manakala pihak wanita pula berkata itu hanyalah nafsu lelaki semata-mata. Isu ini kita semua tahu, tidak ada penghujungnya jika dibahaskan.
Lain pula yang terjadi kepada wanita ini, yang mesra dengan nama panggilan Kak Ojie oleh pengguna laman Twitter (@OwToTheZie). Dalam laman CuriousCat wanita ini, ada anonymous yang membuat pengakuan bahawa dia berminat dengan suaminya dan mengajak untuk berbincang jika Kak Ojie berminat untuk berkongsi suami. Wow!
Gambar: Twitter OwToTheZie
Yang lagi menariknya, anonymous ini menulis detail tentang dirinya dan berkata tujuannya mahu bermadu adalah kerana hidupnya yang sibuk dengan kerja, dan tiada masa untuk mencari jodoh. Dah macam drama Melayu pukul 7 pula ye?
Gambar: Twitter OwToTheZie
Gambar: Twitter OwToTheZie
Confession ini menerima kecaman ramai sehingga membuatkan anonymous itu menghantar confession kali kedua dan meminta maaf kepada Kak Ojie.
Gambar: Twitter OwToTheZie
Gambar: Twitter OwToTheZie
Yang bagusnya, dengan tenang Kak Ojie menjawab confession itu secara baik dan menolak permintaan anonymous itu untuk bermadu. Tidak semua wanita boleh kawal situasi ini dengan tenang. Contoh yang bagus!
Gambar: Twitter OwToTheZie
Gambar: Twitter OwToTheZie
Kalau korang ditempat wanita itu, apakah tindakan yang dilakukan jika ada wanita yang mengajak untuk bermadu? Kongsikan pandangan anda dengan comment di bawah! - CARI |