Seorang bayi dengan rambut yang lebat dan panjang mungkin menyebabkan Rapunzel berasa cemburu kerana dia kini ditawarkan menjadi model syampu Pantene!
Chanco, 1, kini akan menjadi duta produk rambut sebaris model Pantene lain seperti artis antarabangsa Selena Gomez, Ellie Goulding dan Priyanka Chopra. Hebat, dik!
Kredit foto: Carian Google
Chanco menjadi popular selepas Instagram ibunya menampilkan gambar-gambar bayi itu dengan rambut cantik menjadi tular di seluruh dunia.
Dikatakan, iklan yang menampilkan Chanco bakal menjalani penggambaran di Jepun dan akan ditayangkan ke seluruh dunia.
"Saya sangat terkejut dengan respon orang ramai, tetapi bangga mendengar pujian daripada netizen dari seluruh dunia," kata Mari Kano, ibu Chanco kepada majalah People.
Kredit foto: Instagram
Bagaimanapun, perlantikan Chanco sebagai model syampu rambut pada usia muda mendapat tanggapan yang berbelah bagi. Ramai pengguna Twitter bersetuju dan menggunakan tanda pagar #hairgoals sebagai tanda sokongan.
Namun, dalam masa sama ada juga yang berpendapat menjadi model di usia bayi adalah tidak berpatutan.
Kredit foto: Pantene
Menurut Yoshiaki Okuraa dari syarikat pengeluar Pantene, mereka menghubungi ibu Chanco kerana tertarik dengan personaliti dan gaya bayi itu, sepadan dengan imej wanita yang mereka sokong.
"Kami rasa, rambut cantik Chanco mempunyai daya kekuatan untuk membawa pengguna kami maju ke hadapan. Kami juga tertarik dengan imej positif ibu Chanco dalam gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram," katanya.
Kredit foto: Carian Google
Antara teknik yang digunakan ibu Chanco untuk mendapat rambut cantik sedemikian adalah menggunakan pengering rambut.
Pasti produk Pantene akan menjadi semakin laris dengan khidmat Chanco! - CARI |