Datuk Seri Ahmad Maslan kembali menjadi bualan selepas berkongsi menu dan resipi terbarunya.
Melalui Twitter, Ahli Parlimen Pontian ini memperkenalkan hasil masakannya iatu Nasi Goreng Strawberry.
Foto: Twitter Ahmad Maslan
"Nasi Goreng Strawberry!! Asyik-asyik nasi goreng, tak reti masak yang lain ke?
"Reti tapi ini special sebab strawberry beli di Cameron Highlands sempena pilihan raya kecil.
"Nasi, bawang, telur, bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit dan strawberry dibelah dua. Sedap, sila cuba," tulisnya.
Foto: Twitter Ahmad Maslan
Bagaimanapun menu yang dikongsikan ini menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana rata-ratanya menganggap ia tidak bersesuaian.
"Satu jenayah dalam dunia masakan ya!"
Foto: Twitter Ahmad Maslan
Bagaimanapun ada juga yang memujinya dan mengatakan beliau sangat bagus dalam bereksperimen.
Nampaknya pilihan raya kecil Cameron Highland mungkin emmberikannya inspirasi untuk masakan baharunya ini. -CARI |