CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2291|Reply: 9

"Pandai Menyamar!" - Penipu Berlakon Jadi PBT Perdaya Pekerja Butik Ya

[Copy link]
Post time 14-1-2019 12:31 PM | Show all posts |Read mode





Bukan sahaja 'scammer' menerusi talian berleluasa, penipu mempunyai banyak cara untuk mendapatkan wang dengan mudah. Antaranya ialah menyamar sebagai pihak berkuasa lalu menipu mangsa, yang kebanyakkannya terdiri daripada pekerja yang lurus dan naif.


Terbaharu, di Alor Star, Kedah, seorang wanita didakwa menipu pekerja butik dengan menyamar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lalu menyatakan tuan butik disaman parkir, jadi perlu membayar sejumlah duit saman. Disebabkan percaya dengan lakonan wanita terbabit, pekerja itu menyerahkan sejumlah wang kepada pemangsa. Kejadian itu dirakamkan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan rupa-rupanya bukan mereka sahaja yang ditipu, ada juga pemilik butik ditipu dengan modus operandi sama.



Kredit foto: Twitter











Menurut Ndyana, kejadian yang berlaku terhadap butik ibunya menyebabkan mereka kerugian sehingga RM900. Lebih menyedihkan kerana lakonan wanita tersebut sangat hidup dengan menyatakan dia adalah kawan ibunya. Disebabkan mempunyai hutang parkir tertunggak, maka dia memerlukan duit itu sekarang. Jadi wanita tersebut berpura-pura menelefon ibunya lalu kononnya tuan butik meminta pekerja memberi berapa sahaja yang diminta.



Kredit foto:




Malahan Ndyana turut mengesahkan ada butik lain yang turut mengalami masalah sama dengan butik ibunya. Modus operandi wanita itu mudah iaitu mencari pekerja yang lurus, baru tamat peperiksaan SPM dan yang tiada pengalaman bekerja. Sebaik dia mendapat duit tersebut, terus cepat-cepat melarikan diri. Lebih mengejutkan ialah, wanita tersebut membuat 'kerjanya' pada dua hari berturut-turut (Sabtu dan Ahad) serta menipu beberapa lagi butik lain.





Kredit foto: Twitter





Kredit foto: twitter



Kredit foto: Twitter




Memandangkan kes ini baru sahaja berlaku, mungkin gambar wanita ini sudah tular dan tidak lama lagi akan ditangkap oleh pihak polis dengan syarat kedai yang terlibat rompakan ini membuat laporan polis. Macam-macam cara orang mahukan duit cepat hatta terpaksa menipu sekalipun. Jadi, bagi tuan kedai perlu pesan kepada pekerja supaya lebih berhati-hati dan sebaiknya telefon terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian bukannya menyerahkannya semudah itu. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
senang dpt duit free
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak manis2 ayu wajahnya kalau iols kompem terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 02:41 PM | Show all posts
beraninya hang cik kak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 03:26 PM | Show all posts
Lain kali mintak tengok kad kuasanya dulu jangan mudah terpedaya sekadar dari penampilannya je
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita pun dan tak boleh percaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2019 04:19 PM | Show all posts
ikut logik..rajin betul penguatkuasa mintak payment dri org awam..
padahal nak bayar saman pun bukan main payah..nak carik parking 1 hal lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 12:28 AM | Show all posts
lain kali kene minta kad kuasa ke apa2 lah bukti..kalau dia tgh
berckp dgn boss tu.minta ckp jg supaya tau betul atau tak boss tu
yg tgh berckp dgn penipu ni..tp mmg bijaklah penipu tu sbb pandai
tgk bdk2 baru pas spm bagai..laju jer lari bila dah dpt duit kan.hrp2
cptlah dpt ditangkap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 07:47 AM | Show all posts
brani tul buat keje sorang2
sdp mkn duit haram
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 12:20 PM | Show all posts
zmn skrg ni kena teliti sgt2, scammer mmg suka bt magsa panik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.152800 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list