Gara-gara memberi respond tidak profesional kepada pelanggan yang menunggu 2 jam di Waroeng Isabella miliknya, pelakon terkenal Nabila Huda dikritik netizen. Ini kerana sudahlah pelanggan terpaksa menahan kelaparan, makanan yang diperolehi pula tidaklah seperti yang diharapkan dan cara Nabila menangani komplen sangat tidak profesional.
Ayat-ayat sarkastik yang dilontar oleh Nabila seperti 'ikan terbang ke meja' dan 'ada orang suapkan ikan' itu dianggap biadab kerana seperti memperlekehkan pelanggan.
Kredit foto: Twitter
Isu ini bermula dengan status seorang netizen yang makan di Warung tersebut dan sangat kecewa kerana ia tidak seperti diharapkan.
Kredit foto:
Bagi Nabila, ikan gurami tersebut besar, sangat berbaloi untuk harga RM15. Jadi kenapa nak komplen sedangkan harga yang sama juga boleh dibelanjakan di restoran makanan segera? Menjelaskan yang kedai makannya hanyalah bertaraf warung, jadi ada salah dan silap perlu bersabar. Jika tidak berpuas hati, perlu ke tempat yang lebih mahal. Ini kerana warungnya berkonsepkan rock, jadi semua pelanggan perlu bersabar. Sementelah lagi sebelum ini rata-rata pelanggan memberi komen positif, namun kali ini mungkin pelanggan tersebut tiada tuah.
Gambar yang diiklankan sangat cantik, jauh berbeza dengan apa yang tiba di meja makan
"Takda sapa pun kesah kenapa ikan tu dimasak selama 2 jam. Orang datang nak makan, bukannya dilayan macam tu. Kalau 2 jam baik masak sendiri kat rumah!"
Malahan netizen turut mengkritik perkhidmatan tindakan Nabila dalam menangani isu ini yang sangat tidak profesional.
Kredit foto: IG
Tetapi, ada juga yang merasakan ia adalah strategi perniagaan Nabila supaya nama warungnya menjadi lebih terkenal lalu menimbulkan keinginan ramai netizen mencuba menu di kedainya.
Kredit foto: IG
Ada beberapa isu di sini, bermula dengan pelanggan menunggu terlalu lama untuk sepinggan makanan, respond negatif daripada Nabila dan boleh jadi juga ia adalah teknik pemasaran? Apa pun, pastinya Waroeng Isabella menjadi pilihan ramai orang nanti. - CARI |