View: 1494|Reply: 7
|
UiTM 'Hak Orang Melayu' Tidak Tepat?
[Copy link]
|
|
Banyak persepsi bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah 'hak' orang Melayu dan Bumiputera sebenarnya dikatakan tidak tepat.
Memetik laporan Astro Awani, hal itu ditegaskan oleh Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub yang mengatakan tujual asal penubuhan UiTM lebih 60 tahun lalu adalah untuk membantu golongan Melayu dan Bumiputera miskin.
Namun, hal tersebut nampaknya sudah berubah pada masa ini.
"Tidak ada 'hak orang Melayu' kerana pada asalnya, UiTM ditubuhkan untuk membangunkan orang Melayu yang kekurangan dan dalam kemiskinan.
"Tetapi hari ini, adakah mereka masih kekurangan? Banyak lagi golongan lain yang lebih miskin dari orang Melayu, jangan lupa itu.
"Memang ada dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 untuk menolong orang Melayu, tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Bila ia berubah, peluang kita juga berubah," katanya.
Kata Pengarah Pertama ITM pada tahun 1967 ini, sudah tiba masanya kemasukan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing untuk kursus pascasiswazah.
Kredit foto: Astro Awani/ Bernama
"elajar pascasiswazah ini sudah mendapat latihan selama lima tahun ketika menjalani program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, tidak cukup lagi, kah? Mereka sepatutnya sudah bersedia untuk bersaing.
"Kalau begini, kita macam tidak ada kepercayaan terhadap diri sendiri. Kita mesti ingat, persaingan bukan sahaja antara orang Melayu dan orang Melayu, atau orang Melayu dengan bangsa lain di negara ini. Ia adalah persaingan tahap antarabangsa.
"Ini adalah masalah pemikiran, kita perlu buka minda kita," ujarnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kakaka...itulah ketuanan sh1t, suka2 lupakan semua kaum lain termasuk tuan rumah sebenarnua orang asli...pi mampus la ketuanan sh1t yg tamak |
|
|
|
|
|
|
|
Hak org Melayu? Kalau persatuan org Melayu jah yg finance universiti tu aku rasa ok jah nak ckp camtu. Tapi kalau masih pakai taxpayer's money, no such thing. |
|
|
|
|
|
|
|
xda iban kadazan ka dalam uitm?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Kalau buka kepada bukan bumi habis la jadi caprut macam utar, unitar kaum miskin ketinggalan mundur itu |
|
|
|
|
|
|
|
umpamanya dari smlm kisah uitm ni dibincangkan nampak sgt ramai yg malas membaca...,
uitm untuk bumiputera
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kata Pengarah Pertama ITM pada tahun 1967 ini, sudah tiba masanya kemasukan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing untuk kursus pascasiswazah. "
Time i buat postgrad kat uitm bertahun dulu (2011/2012) pun mmg dah ramai dah foreigner diambil jadi student postgrad. dah kenapa baru sekarang diorg nak kecohkan. hairan btl. kalau student non bumi Malaysian, ya, mmg i x jumpa zaman i dulu.
to be honest, Tan Sri Arshad ni antara 'org kuat' UiTM yg i respect. very good one.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi org Melayu jer punya katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|