Tidak pernah lari daripada kontroversi, aktor Iqram Dinzly kini kembali dengan kontroversi terbaru. Memetik keratan akhbar Harian Metro, Iqram kini diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000.
Namun yang menarik perhatian, Iqram telah memuat status di instagram nya seolah olah tidak berpuas hati dan berasa sangat marah akan sesuatu. Dengan bait bait kata yang sukar difahami oleh netizen, Iqram seperti meluahkan rasa ketidak puasan hatinya terhadap seorang individu yang mungkin bekerja di LHDN tersebut.
Kini memakai username kulibatakallah di instagram, Iqram dilihat menggunakan perkataan kurang sesuai dalam post instagram beliau. Memetik sebahagian ayat-nya
'THERES NO MORE #IQRAMDINZLY'
#matinyacelebritysepi
"sekiranya terjadi apa apa pada MAMA nanti, aku sumpah dengan nama Allah tuhan pencipta sekalian alam akan menjadi huru hara yang lebih teruk dari tsunami.. dan aku haramkan untok merangkak mencari di Padang Masyar nanti mahupun di bumi."
Post tersebut mendapat respon daripada netizen yang rata - ratanya menegur cara Iqram meluahkan kekecewaan.
Marah betul Iqram Dinzly. Diharapkan beliau bersabar menghadapi dugaan hidup dan doakan yang baik baik sahaja kepada beliau. - CARI
|