CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3572|Reply: 8

Tragedi telur ikan kurau 1974

[Copy link]
Post time 17-1-2019 09:34 AM | Show all posts |Read mode




Kisah lama yang tak ramai tahu. Lokasi Melaka.
Menurut cerita, si ayah beli telur ikan kat Pasar Melaka untuk makan sekeluarga.
Masa tu Pasar Melaka kat tepi sungai Kampung Jawa tu.
Penjual kata itu telur ikan kurau tapi sebenarnya telur ikan buntal yang beracun.
Menurut kata si ayah... anak-anaknya bergelimpangan di keliling tempat makan sebaik makan telur ikan tu.
Tak terbayangkan sedih dan paniknya si ayah dan ibu masa tu...
Ibu kepada mangsa mengalami kemurungan buat beberapa ketika selepas kejadian tu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MELAKA - Salah satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang, di sini, mempunyai kisah sejarah di sebaliknya sehingga tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

Ia berikutan papan tanda yang tertera ayat 'Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau' sehingga menjadi tanda tanya kisah sebenar sebalik salah satu kubur yang mempunyai 10 batu nisan.

Namun, kejadian 43 tahun lalu itu masih segar di ingatan buat Makmor Kassim, 43, apabila adik-beradiknya meninggal dunia selepas memakan masakan telur ikan kurau.

Makmor yang kini bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) merupakan adik bongsu kepada lima beradik berkenaan.

Menyingkap kembali kejadian menyayat hati pada 1 Disember 1974 itu, Makmor berkata, ketika itu dia baru berusia enam bulan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kandang, di sini.

Dalam kejadian itu, katanya, adik-beradiknya, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.

Ekoran kejadian itu juga, katanya, bapa mereka, Kassim Alauddin dikejarkan ke hospital termasuk ibu mereka, Fatimah Hussein serta tiga adik-beradik Makmor dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mereka.

“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.

“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali. Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.

Menurutnya, daripada apa yang diceritakan, bapa mereka membeli telur ikan kurau untuk dijadikan lauk.

"Ia berpunca daripada telur ikan yang dikatakan beracun. Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. Yang lain menerima rawatan di hospital," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Makmor berkata, meskipun kejadian itu sudah lama berlalu, tetapi ia tidak pernah terpadam di dalam ingatannya.

“Peristiwa itu lama, tapi bila saya meningkat dewasa, orang kampung masih ramai yang memanggil nama saya dengan nama Syukur. Sama dengan nama arwah abang, mungkin rupa saya ada iras-iras arwah.

"Selalulah juga saya jelaskan pada mereka, nama saya Makmor. Syukur itu nama abang saya.

“Sebagai tanda ingatan buat arwah abang dan kakak, saya beri nama anak saya yang berusia tiga tahun dengan nama Syukur. Anak perempuan yang berusia setahun sembilan bulan saya namakan Hijrah. Sebab saya tidak mahu nama mereka luput dalam ingatan,” katanya.

Makmor bagaimanapun berkata, ayah dan emak tetap menerima reda dengan ketentuan ALLAH.

“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, ALLAH gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu, sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami," katanya.

Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung; Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.

Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33, Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.

“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.

“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasion...-ikan-1.761086

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah, pernah dengar cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:24 AM | Show all posts
alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:44 AM | Show all posts
pernah baca kisah ni kat buku X-Files keluaran Mastika. sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:46 AM | Show all posts
Baru tahu cerita ni.....Al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:38 PM | Show all posts
Al Fatihah.. kt bukit lintang ey.. aku dok melaka pun x taw huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 07:47 AM | Show all posts
Penjual kata itu telur ikan kurau tapi sebenarnya telur ikan buntal yang beracun

penjual tu tipu ke atau penjual tu x kenal ikan. x pasal2 membunuh org
alfatihah utk semua mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 12:11 PM | Show all posts
mangsa telur ikan tembakul pulak kat mana ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 04:09 PM | Show all posts
Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.



xyah lh kata xberapa igt
sah2 lh xigt sbb baby lagi kot
haiyooo



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.373927 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list