CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 13

Isteri Bakar Suami Kerana Enggan Dedah Kata Laluan Telefon Bimbit

[Copy link]
Post time 17-1-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita bertindak membakar suaminya sehingga mati kerana enggan memberitahu kata laluan telefon pintarnya.


Kejadian yang dilaporkan oleh Tribun News itu dikatakan berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 12 Januari lalu.





Kredit foto: Tribun News





Menurut jurucakap polis Ipda Abdurasyid, pihaknya menerima laporan mengenai kes seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama IC, 25, menyimbah minyak tanah sebelum membakar suaminya Dedi Purnama, 26.







Kejadian dikatakan berpunca daripada keengganan mangsa untuk berkongsi kata laluan telefonnya.





Kredit foto: Carian Google





Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital terdekat kerana kecederaan parah, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.





Kredit foto: Tribun News





Menurut siasatan awal, suspek mendakwa dimarahi dan dipukul selepas bertanyakan kata laluan telefon suaminya. Mempertahankan dirinya, wanita itu kemudian menyiram suaminya dengan minyak tanah sebelum membakarnya.


Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut telah membantu memadamkan api yang menyala pada tubuh Dedi Purnama.





Kredit foto: YouTube





Berikutan penyebaran video kejadian yang kini tular, beberapa rakan Dedi mengucapkan takziah dan rasa berduka atas pemergiannya.

"Selamat jalan Dedi, semoga tenang di alam sana," kata temannya yang hanya dikenali dengan nama ChunK Rasta.


Wanita itu kini dalam tahanan polis untuk membantu siasatan. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 11:13 AM | Show all posts
waduh...ganas sekali ya cewek indonesia...wakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:18 AM | Show all posts
bini tunjuk gambo arwah laki ngan skendel ke?  patut la pukul bini bila bini mintak password...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:22 AM | Show all posts
sudah ada lah thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:23 AM | Show all posts
padan muka louhh!!1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ada sesuatu yg nak disembunyikan oleh si suami?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 11:27 AM | Show all posts
rasain loh... pukul bini kemudian tk nk bagi password...
kan dh kena bakar... sia2 mati katak sahaja...

bini tu pun may you rest in jail..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:18 PM | Show all posts
kesiannn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Si lelaki kaki pukul, si isteri kaki bakar

Sepadanlah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang layak pon lelaki endon keparat kena bakar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita semakin ganas sekarang.
Hari tu wanita tikam suami sampai mati sebab cik suami komplen makanan yang bini masak tu ada sedikit masin.
P/s Dalam menghadapi keganasan wanita masa kini........ marilah kita ramai2 beli sex doll je. Tak pandai komplen, tak pandai marah, tak merbahaya. Diam je sokmo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Benda lain boleh kongsi tetiba takmau bg pasword
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:05 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 17-1-2019 11:24 AM
Mungkin ada sesuatu yg nak disembunyikan oleh si suami?

banyak...


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:07 PM | Show all posts
eyansss replied at 17-1-2019 11:18 AM
bini tunjuk gambo arwah laki ngan skendel ke?  patut la pukul bini bila bini mintak password...

tu bukan bini ler
tu adik si mati

(berdasarkan format layout muke pelan si somi..)

yg muke bini nya layout lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 1.350444 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list