Ramai pelancong ataupun penumpang kapal terbang meletakkan makanan sebagai kriteria utama dalam pemilihan syarikat penerbangan yang akan mereka gunakan, disamping harga dan keselesaan. Sebab itulah semua penerbangan utama berlumba-lumba untuk menyediakan menu yang dapat memuaskan hati pelanggan mereka.
Terbaru, Laman web Love Exploring telah menjalankan kaji selidik terhadap pembaca mereka bertanyakan 10 penerbangan yang menjadi pilihan ramai berdasarkan kualiti makanannya, dan inilah keputusannya;
10.Eva Air
Di tempat ke-10 ialah syarikat penerbangan utama Taiwan yang terbang ke lebih 60 destinasi antarabangsa seluruh Asia, Amerika, Eropah dan banyak lagi. Penerbangan ini dipuji kerana kerap menukar menu setiap bulan dan sebagai pencuci mulut, penumpang boleh memilih antara coklat atau kek. Di sesetengah route, penumpang juga disediakan dengan roti klasik Perancis.
Kredit foto: loveexploring.com
9.Lufthansa
Di tempat ke-9 ialah Lufthansa yang baru-baru ini mendapat banyak penghargaan termasuk penarafan 5 bintang oleh Skytrax dan turut memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Eropah. Selain kerap menukar menu, penerbangan ini juga menyediakan minuman tanpa had, 3 sajian makanan termasuk dua pilihan makanan utama , salad, pencuci mulut dan minuman panas. Sesetengah destinasi juga mempunyai menu khas.
Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com
8.Cathay Pacific
Di tangga ke-8 ialah syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong iaitu Cathay Pacific, yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa termasuk daging, ayam, pasta, pencuci mulut dan minuman panas. Istimewanya mereka juga mempounyai menu khas seperti makanan kurang garam, rendah kalori dan vegetarian.
Kredit foto: loveexploring.com
7.Austrian Airlines
Penerbangan milik Austria menduduki tangga ke-7. Kebanyakan penumpang memuji minuman alkohol, bir dan wain dalam penerbangan ini. Selain makanan utama, mereka juga memberikan makanan ringan sejurus sebelum mendarat. Menu khas ?? la carte seperti wiener schnitzels, tapas, mezze dan makanan Jepun juga boleh dipesan lebih awal.
Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com
6.Singapore Airlines
Walaupun penerbangan ini adalah yang paling muda di dalam industri, mereka terbang ke seluruh pelusuk dunia termasuk destinasi di Asia, Eropahe, Australasia, Afrika dan Amerika Utara. Menu makanan yang dikatakan sangat sedap dan mempunyai kepelbagaian. Mereka juga menyediakan pelbagai makanan keperluan khas seperti makanan ibu baru bersalin, bayi, kanak-kanak, vegetarian, makanan laut dan rendah lemak.
Kredit foto: loveexploring.com
5.Japan Airlines
Syarikat penerbangan ini bekerjasama dengan 6 tukang masak muda yang memenangi pertandingan kulinari getrbesar di Jepun untuk menyediakan makanan serba lengkap dan memuaskan bagi penumpang kelas ekonomi. Selain itu, Japan Airlines juga bekerjasama dengan restoran popular di negara itu dalam menyediakan menu yang pelbagai termasuk sup cendawan, bento dan daging panggang.
Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com
4.Qatar Airlines
Penerbangan Qatar yang mempunyai destinasi di Eropah, Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia menduduki tempat ke-4. Makanan kelas ekonomi mereka bukan sahaja lasat tetapi dipersembahkan dengan menarik. Dulang, cawan, kotak dan semua peralatan makan adalah dikitar semula dan mesra alam. Penumpang juga dihidangkan dengan salad segar dan humus, di samping tiga pilohan menu utama. Makanan tipikal termasuk menu tradisi India dan kari ala Malaysia.
Kredit foto: loveexploring.com
3. Asiana Airlines
Syarikat penerbangan milik Korea Selatan ini menyediakan menu klasik negara itu. Selain kepelbagaian pilihan minuman, mereka juga menghidangkan yeongyang ssambap, makanan berasaskan sayuran , kekacang dan sos serta podubu bossam iaitu makanan berasaskan daging dan tauhu.
Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com
2.Turkish Airlines
Pernah memenangi anugerah Penerbangan Eropah Terbaik, syarikat ini menyediakan makanan yang ringkas untuk penerbangan pendek dengan menu seperti sandwich tetapi mempelbagaikan menu untuk penerbangan jauh dengan makanan segar dan juga makanan ringan.
Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com
1.Thai Airways
Penerbangan kebanggaan negara Thailand ini menyediakan menu khas dengan citarasa tempatan tetapi turut menyediakan pilihan menu antarabangsa. Terkenal kerana mendapat bekalan makanan yang segar dari petani dan peladang tempatan. Pilihan makanan termasuklah salad segar, roti, buah-buahan dan pencuci mulut.
Kredit foto: loveexploring.com
Kredit foto: loveexploring.com
Bagaimana pula dengan anda? Apakah penerbangan yang menyediakan makanan terbaik dan paling buruk berdasarkan pengalaman anda sendiri? -CARI |