View: 4869|Reply: 36
|
Lama Katak Ini Cari Jodoh, Akhirnya Ketemu Juga...
[Copy link]
|
|
Sumber imej: Robin Moore, Global Widlife Conservation
Entahlah macam mana nak tulis pendahuluan ni, kita dah lama bujang. Tak apalah, kita ucap tahniah pada katak ini dan pasangannya ya! Spesies katak Sehuencas yang Dinamakan Romeo ini telah ketemu jodohnya, Juliet. Romeo merupakan satu-satunya spesies katak ini yang ditemui masih hidup dalam dunia. Kisahnya, Romeo pernah terselamat daripada kebakaran habitat asalnya di Bolivia. Selama sepuluh tahun, dia satu-satunya spesies katak Bolivia yang ditemui oleh para konservatif dan saintis.
Kasihan, selama berada dalam jagaan konservatif, Romeo selalu menyanyikan lagu cintanya keseorangan. Namun, para saintis sungguh terinspirasi kerana Romeo bersabar dalam kelangsungan hidupnya. Spesies Sehuencas atau sebutannya say-when-cuss merupakan salah satu spesies yang mungkin pupus. Faktanya, 40 peratus spesies katak akan pupus dan 1/3 spesies katak dalam kategori terancam.
Akhirnya, para saintis berjaya menemui 5 ekor katak air Sehuencas di pelosok hutan Bolivia. mereka berjaya menyelamatkan 3 ekor jantan dan 2 betina. Walaupun demikian, para saintis masih berasa ragu tentang kecukupan tersebut untuk menjamin populasi spesies katak ini. Seekor katak betina yang aktif mereka pasangkan dengan Romeo, dan dinamakan Juliet.
"[Juliet] dia kuat, perenang pantas. Dia kelihatan baik dan sihat." Kata Teresa Camacho Badani, ketua herpetologi di muzium dan saintis yang menemui katak-katak itu.
Sebelum itu, para saintis telah giat membuat kempen pungutan derma sebagai tajaan penjelajahan di hutan Bolivia bagi mencari dan menyelamatkan spesies ini.
Romeo dan Juliet sedang dijaga rapi dalam simpanan konservatif. Mereka masih mencuba memasangkan kedua-dua katak ini. Namun langkah berhati-hati haruslah diambil kerana kesihatan katak. Lagipun, Romeo ni pemalulah. Adakah cinta mereka berputik dalam sebuah tangki peliharaan? Sweet tak cerita ni?
Asalkan ending tak sama macam Romeo and Juliet, spesies mereka boleh membiak. Ehm... ehm... Katak dah jumpa jodoh, kita yang asyik berdoa saja kena step-up our game. Ikhtiar! - CARI
Sumber rujukan: https://www.sciencealert.com/the-endangered-frog-with-a-dating-profile-romeo-has-finally-found-his-juliet
:https://www.bbc.com/news/world-latin-america-43004367 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahahah ini sangatlah comel...buat penghibur petang |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap makhluk kan dicipta berpasangan, tahniah Romeo dah jumpa Juliet |
|
|
|
|
|
|
|
Terhibur baca kisah romeo dan juliet ini. Seperti plot filem Rio. Ternyata kisah realiti di mana di dunia ini setiap masa ada sahaja spesis haiwan yang semakin menghampiri kepupusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Breed dgn spesies lain x blh eh? Sian die sesorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah bertemu juga jodohnya |
|
|
|
|
|
|
|
KATAK NI ANTARA PERTAPAAN DALAM HUTAN ADALAH
NGANGAN MULUT SELAMA 40 HARI MENUNGU AIR HUJAN TURUN
HEBAT KESABARAN KATAK
KALAH MELAYU GEREJA MURTAD YG XDE HALA TUJU AKIDAH DAN MATLAMAT AKHIRAT YANG JELAS
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2019 06:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
SuriNate replied at 17-1-2019 03:45 PM
Hahahah ini sangatlah comel...buat penghibur petang
Terima kasih baca. Hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2019 06:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
rantaikendoq replied at 17-1-2019 05:59 PM
KATAK NI ANTARA PERTAPAAN DALAM HUTAN ADALAH
NGANGAN MULUT SELAMA 40 HARI MENUNGU AIR HUJAN TURUN
...
Terima kasih baca. Hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-1-2019 06:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Archaiv at 18-1-2019 10:52 AM
epis replied at 17-1-2019 05:27 PM
Breed dgn spesies lain x blh eh? Sian die sesorg..
Biasanya, saintis and konservatif amat berhati-hati dalam menjamin kemandirian spesies. Dulu mereka pernah cuba pasangkan Joe si kura-kura Galapagos dengan sub spesies lain. Tapi gagal. Biasanya jika buntu, mereka akan buat juga. Terima kasih baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Katak pun dah bertemu jodoh
Mana jodoh i ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa, kita layan sama-sama saja lagu Afghan "Jodoh pasti bertemu" ya... hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 17-1-2019 11:47 PM
tak apa, kita layan sama-sama saja lagu Afghan "Jodoh pasti bertemu" ya... hehehehe
Layan lagu je mana nak ketemu jodohnya hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..comel sangat!
Penantian 10 tahun berbaloi..sedang I masih lagi sendiri haha |
|
|
|
|
|
|
|
hah! apa yang kita perlukan cuma beberapa orang saintis tolong carikan kita pasangan, kan?
hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 17-1-2019 11:59 PM
hah! apa yang kita perlukan cuma beberapa orang saintis tolong carikan kita pasangan, kan?
hehehe ...
Ahaha.. Lelaki masih ramai yang bujang la U
Cuma yang rare tu payah sikit la nak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
kay781 replied at 17-1-2019 11:49 PM
Tahniah..comel sangat!
Penantian 10 tahun berbaloi..sedang I masih lagi sendiri haha
Skrg ni sya tgh brknalan dgn crush lpas krja sma2. X thu lh brtahan smpai bila tpi hrp2 smpai bila2 lh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|