Dalam beberapa minggu ini, muncul trend terbaru iaitu #10YearsChallenge, di mana pengguna perlu memuat naik gambar yang akan membandingkan diri mereka yang terkini dengan 10 tahun yang lepas.
Sumber Gambar: Getty Image
Menariknya, #10YearsChallenge turut mendapat sambutan daripada beberapa selebriti tempatan seperti Mark Adam dan Fasha Sandha.
Dari mata kaca pengguna media sosial, tujuan trend ini hanyalah untuk berseronok dan tidak memberikan apa-apa bahaya, tetapi sebenarnya sesetengah pendapat mengatakan trend ini merupakan salah satu cara pencurian data untuk proses pengecaman muka pengguna.
Seorang penulis, Kate O Neill, di laman Twitter-nya mendedahkan bahawa trend ini merupakan taktik syarikat seperti Facebook untuk mencuri data pengguna.
Let's just imagine that you wanted to, say, train a facial recognition algorithm on age-related characteristics. You'd ideally want a broad and rigorous data set with lots of people's pictures. It'd help if you knew they were taken a fixed number of years apart ??” say 10 years.
— Kate O'Neill (@kateo) January 13, 2019
Terangnya lagi, trend #10YearsChallenge membolehkan Artificial Intelligence (A.I) berlatih untuk mengecam proses penuaan muka manusia dari satu tahun ke satu tahun yang lain. Kemudian, data-data itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang kita tidak tahu baik buruknya.
Pandangan Kate dipertikai beberapa pendapat yang mengatakan Facebook boleh sahaja mengambil gambar pengguna dari profil Facebook mereka sendiri, tanpa menggunakan trend ini.
Sumber Gambar: Blue Swan Daily
Dari pandangan lain pula, Asyraf Farique mendedahkan sebenarnya media sosial merupakan medium untuk memanipulasi pengguna, yang turut digunakan untuk mencuri dan menjual data.
Dengan isu yang terjadi ini, sebenarnya di manakah tahap keselamatan pengguna media sosial? Adakah media sosial ini satu platform untuk kita berseronok bersama rakan-rakan, atau sebenarnya sebuah medium untuk syarikat besar mencuri dan menjual data pengguna?
Berikan pandangan dan komen anda tentang isu ini! - CARI
|