Apa sahaja mengenai Neelofa memang sentiasa hangat diperkatakan. Tidak kiralah sama ada dari segi penampilannya yang entah apa-apa, kisah pelancaran tudung di kelab malam, gelak tawanya dalam program Meletop, gosip cinta yang tidak berkesudahan dan pelbagai lagi menjadikan Neelofa antara selebriti yang 'trending'. Malahan tidak keterlaluan untuk mengatakan bintang Dewi Remaja 2010 ini lebih banyak kontroversinya berbanding cerita baik. Bagaimanapun Neelofa seakan tidak kisah dengan kecaman netizen.
Namun, cerita ini mampu membuatkan anda melihat Neelofa dari sisi yang berbeza. Ya, sisi baik dan pemurah hati Neelofa seperti yang dikongsi oleh penyanyi, Heliza Helmi di IG Storynya. Lebih mengharukan kerana Neelofa tidak mewar-warkan perkara baik ini di media sosial, dan kita sendiri tidak akan mengetahuinya jika Heliza tidak membongkarnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Dari sini, sudah jelas yang ini bukan kali pertama Neelofa menghulurkan bantuan kemanusiaan, cuma ia tidak diceritakan oleh Neelofa sendiri sepertimana kecohnya perkara-perkara lain. Netizen yang selama ini mengutuknya pula terasa hati kerana Neelofa kehadapan berbanding mereka yang mengecamnya.
Kredit foto: IG
Bagi netizen, keburukan Neelofa yang lebih dipandang netizen sedikitpun tidak melemahkan Bintang Paling Popular 2015 ini. Mungkin hal ini menyebabkan Lofa murah rezeki kerana sentiasa bersedekah tanpa perlu dikredit oleh sesiapapun.
Ternyata kebaikan yang dikongsi ini membuatkan ada netizen yang turut mahu bersedekah.
Setiap individu mempunyai kisah tersendiri dan Neelofa mungkin mempunyai sebab tersendiri kenapa merahsiakan pemberiannya ini. Jadi, anda rasa bagaimana? - CARI
|