CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10118|Reply: 17

Petua ‘ajaib’ redakan batuk berbulan-bulan dalam masa sehari

[Copy link]
Post time 22-1-2019 03:41 PM | Show all posts |Read mode

PERNAHKAH anda mengalami batuk yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya? Memang menyeksakan bukan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam sehingga sukar untuk melelapkan mata.

Walaupun dah cuba pelbagai jenis ubat, namun batuk tidak juga kebah. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini.

Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan! Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.

Kalau rawatan kena atau serasi tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.

Tips mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu


Bahan-bahan:

3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.

1 cawan madu

Langkah membuat:

– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.

– Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.



Cara pengambilan

Makan 1 sudu teh setiap 1 jam


Manfaat bawang putih untuk batuk

– Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 01:49 PM | Show all posts
batuk 2weeks dah.ada kahak lagi.
kena try ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cuba...urghh pedas kot bwg putih tu walau halus2 kecik..rasa pedih tekak..
Petua lain utk batuk..2-3 titik kicap+1sudu madu+perahan limau nipis..ni memang berkesan utk family iols.
Petua lain..air panas suam+serbuk kulit kayu manis+madu..ni sedap tapi kurang berkesan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 29-1-2019 01:49 PM
batuk 2weeks dah.ada kahak lagi.
kena try ni

Kalau dah try, citer la kat sini results nye.tq
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 10:21 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 31-1-2019 12:10 AM
Kalau dah try, citer la kat sini results nye.tq

Waaaaahuhu baru je buat ni haaa..minum 1sudu mulut bau garlic,busuk.
Mlm ni jelah..esok taknak dah.nak pegi keje kott

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 04:12 PM | Show all posts
Boleh bagi review? Apa petua ni betul betul ajaib dan berkesan? Aku dah 2-3 hari batuk batuk ni. Nak berkaraoke pun tak best. Pitch lari je. Ehemmm hemmm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok 1st time dgr petua ni..biasenye klu anak batuk..mmg just bg perahan lemon/ limau nipis campur ngn madu..pastu nnt die mst muntahkn kahak die..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 10:25 AM | Show all posts
nak try la malam ni..
dah dekat 2 minggu batuk sampai jadi lelah walaupun sblm ni mmg xpenah pun lelah
dah on antibiotik tapi masih ada lagi batuk
infection dari virus yang semakin berevolusi
sebelum ni tak pernah pun batuk lebih dari 3-4 hari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu time gunting rambut, ada akak ni share, anak dia selalu batuk teruk. Kadang2 sampai kena asthma attack. Mcm2 cara xsesuai. yg serasi dkt anak dia umur dlm 14 thn xsilap, kicap sesudu, perahkan limau kasturi, lps tu minum. Tak pasti sejauh mana keberkesanannya, sbb nk try kt anak, anak kecil lg. Selamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aurorayasmeen replied at 19-2-2019 02:59 PM
Ok 1st time dgr petua ni..biasenye klu anak batuk..mmg just bg perahan lemon/ limau nipis campur ngn ...

tq for the petua
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun tak selesa dgn kahak ni...mcm tak boleh buang
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt bagi petua
Saya kerap kena batuk lama2. Siap ada stok ubat batuk. Dah cuba ubat batuk klinik swasta, klinik kerajaan farmasi semua beli. Tak jugak baik.
Cuba alternatif lain ambik garlic tablet setiap hari. Tau garlic sangat ok untuk batuk dari Google je. Alhamdulillah sangat berkesan. Dah setahun ni. Bersin pagi2 jugak dah kurang.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
I penah baca kat satu blog ni..blogger batuk teruk for one week camtu and lastly dia makan bawang bakar dlm 2 ulas sebelum tido. Lepas 2,3 mlm ulang terus reda katanya..dia just cucuk bawang ngan garfu and bakar atas dapur dengan kulit sampai agak2 well grilled. Nak makan Tu Baru buang kulit and basuh. Sapa2 yg tengah batuk Tu sila try, kot mujarab.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Petua orang tua dulu, kalau batuk ambik tali kasut dan ikatkn kat leher.... Ikat longgar je...

Lagi satu ambik daun atau pucuk ubi kayu...lpstu ambik sikit kapur mkn yg diguna utk mkn brsama sireh tu.. Dua bahan ni letak kt tpk tgn dan sental2 smpai kluar esktrak daun ubi dan kapur ....ekstrak tu ambik dan tempekkn pada leher biar smpai kering ulang2....

Insyallah ilang la batuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 03:47 PM | Show all posts
ow its looking very testy.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try nanti nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2020 08:03 AM | Show all posts
Thank you for sharing!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2020 10:01 PM | Show all posts
Terima kasih petua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069131 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list