View: 19669|Reply: 21
|
[Pelbagai]
Bagaimana BookXcess Bermula Dan Semakin Berkembang Maju
[Copy link]
|
|
SEJAK kecil, dia tidak pernah diberi pendedahan tentang kepentingan membaca buku.
Walaupun dibesarkan di negara maju, Singapura, Jacqueline Ng, tidak pernah dibawa menjejakkan kaki ke perpustakaan untuk menelaah buku.
Menurut Jacqueline, 49, keluarganya hanya gemar membaca surat khabar dan menonton rancangan televisyen berbahasa Cina, malah bahasa pertuturan keluarganya juga hanya dalam bahasa berkenaan.
Oleh demikian, apabila rakan-rakannya di sekolah bercerita mengenai keseronokan membaca buku, dia seolah-olah tidak tahu apa-apa.
“Saat rakan-rakan lain bercerita mengenai keseronokan membaca buku hikayat kanak-kanak, saya hanya terpinga-pinga kerana tidak pernah mengetahui tentangnya,” katanya ketika ditemui K2 di ibu pejabat BookXcess Sdn. Bhd. (BookXcess) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Jacqueline merupakan Pengarah Eksekutif BookXcess. BookXcess merupakan syarikat kedai buku yang diterajuinya bersama suami, Andrew Yap, 42, selaku pengarah urusan.
BookXcess baru-baru ini mencipta sejarah apabila mencipta rekod sebagai kedai buku pertama di Malaysia yang beroperasi 24 jam sehari. Kedai buku itu terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor.
Lebih mengagumkan, kedai buku itu juga dikatakan premis kedai buku terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih setengah juta buku.
Mengimbau kembali zaman silamnya, Jacqueline memberitahu, pada usia 14 tahun, ada seorang rakan sekelasnya yang memberikan buku cerita untuk dipinjam.
“Ketika itu waktu rehat di sekolah, saya lihat dia begitu khusyuk membaca buku nukilan Sidney Sheldon sehingga tidak mahu makan. Saya bertanyakan kepadanya adakah buku itu terlalu bagus.
“Dia kemudian memberikan buku itu kepada saya untuk dipinjam. Itulah pertama kali saya betul-betul memegang buku dan duduk meluangkan masa membaca karya fiksyen berkenaan,” ujarnya yang sudah 15 tahun menetap di Malaysia.
Impian
Kejadian itu menjadi titik tolak dalam kehidupannya untuk melakukan perubahan terhadap budaya membaca khususnya kepada kanak-kanak dan pelajar. Dia tidak mahu perkara itu berulang kepada kanak-kanak masa kini.
Apabila datang ke Malaysia dan berkahwin pada 2003 dengan lelaki berasal dari Kuala Lumpur itu, Jacqueline menanam impian untuk membuka sebuah kedai buku yang menawarkan pelbagai keistimewaan.
Namun, pada hari ini, Jacqueline dan Andrew bukan hanya berjaya membuka sebuah kedai buku, malah BookXcess kini sudah mempunyai tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang dan Cyberjaya.
Kedai buku pertama BookXcess dibuka pada tahun 2006 di pusat beli-belah Amcorp, Petaling Jaya. Terbaharu, kedai buku mereka di Cyberjaya yang mencipta rekod sebagai kedai buku pertama beroperasi 24 jam di Malaysia telah dirasmikan pembukaannya oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada November lalu.
Kedai-kedai buku BookXcess di cawangan-cawangan lain tidak beroperasi 24 jam.
Menurut Andrew, penubuhan BookXcess di Tamarind Square dilakukan atas inisiatif bersama sebuah syarikat pemaju, Tujuan Gemilang Sdn. Bhd.
“Misinya untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira waktu. Selain itu, kami juga ingin mewujudkan sebuah pusat komuniti untuk pelajar-pelajar universiti dan mereka yang tinggal di kawasan Cyberjaya.
“Namun, oleh kerana saya tidak boleh melakukannya secara berseorangan, maka Tujuan Gemilang membantu menyediakan lokasi ini,” tuturnya.
Jelas Andrew lagi, memandangkan lokasi Cyberjaya agak jauh dari Kuala Lumpur, mereka menetapkan matlamat supaya kedai buku BookXcess di Cyberjaya itu mestilah menjadi kedai buku terbesar di Malaysia dan dibuka secara 24 jam.
“Ini semua bagi menarik minat orang ramai untuk datang ke Cyberjaya kerana ramai yang berpendapat bahawa lokasi ini agak jauh dan sukar dikunjungi tetapi apa yang boleh saya katakan ia sebuah kawasan yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga.
“Sesekali apa salahnya keluar daripada kesibukan hiruk-pikuk ibu kota,” katanya.
Dengan keluasan meliputi kawasan seluas 3,437 meter persegi (37,000 kaki persegi), ia merupakan sebuah kedai buku yang sesuai dikunjungi sama ada golongan ulat buku atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan bahan bacaan.
Ruang santai
Apa yang membezakan BookXcess Tamarind Square dengan kedai buku yang lain adalah pelbagai ruang disediakan bagi keselesaan pengunjung antaranya menyediakan ruang santai untuk pembaca duduk menelaah buku serta beristirahat.
Ruang menempatkan meja dan kerusi yang boleh memuatkan kira-kira 30 orang dalam satu-satu masa pula membolehkan pengunjung mengulang kaji pelajaran secara individu atau berkumpulan.
Pengunjung juga boleh berehat di atas beg berisi styrofoam yang disediakan. Dengan ruang yang selesa, pengunjung bebas menikmati persekitaran berkenaan sambil membaca buku yang telah dibeli.
Andrew turut berkata, apabila musim peperiksaan tiba, ramai pelajar yang akan berkumpul dengan mengulang kaji pelajaran di situ.
“Macam mini perpustakaan pun ada, cuma yang membezakannya, pengunjung perlu membeli buku untuk mengulang kaji di sini.
“Walaupun begitu, BookXcess turut menyediakan buku sampel yang boleh dilihat terlebih dahulu oleh pengunjung sebelum membuat keputusan membeli bahan bacaan itu,” katanya.
Jelas Andrew lagi, apabila seseorang itu berkunjung ke BookXcess Tamarind Square, satu budaya yang agak berbeza dengan kedai buku lain boleh dilihat.
“Apabila anda memasuki BookXcess, anda boleh melihat pengunjung berjalan ke hulu dan ke hilir bagi melepaskan rasa penat dan lelah selepas mengulang kaji pelajaran.
“Ada juga yang berehat sebentar dengan datang membeli kopi di kafe yang disediakan di dalam kedai buku kami. BookXcess ibarat rumah kedua buat mereka,” terangnya.
Murah
BookXcess pertama dibuka pada tahun 2006 dengan keluasan hanya 46 meter persegi (500 kaki persegi) di pusat beli-belah Amcorp, Petaling Jaya, Selangor.
Ketika itu, BookXcess hanya menggunakan satu rak tinggi yang disusun dengan buku yang dikendalikan oleh Jacqueline sendiri.
Impian dan harapan Jacqueline ternyata membuahkan hasil apabila dalam tempoh beberapa bulan sahaja, nama BookXcess meniti di bibir-bibir peminat buku dan orang awam.
Dalam pada itu, Jacqueline yang menggemari buku jenis fiksyen turut menambah, apabila membuat keputusan untuk membuka kedai buku BookXcess, dia dan suaminya sudah menetapkan harga buku perlu dijual 50 hingga 80 peratus lebih murah daripada harga di pasaran.
Ia bagi memberi peluang kepada semua golongan mencintai buku dan memupuk amalan membaca dengan lebih berkesan.
Seorang pengunjung, Mazni Ahmad turut mengakui mengenai perkara itu.
Katanya, agak mengejutkan apabila harga buku di BookXcess jauh berbeza dengan kedai-kedai buku lain.
“Ini merupakan kunjungan kedua saya. Saya dapati harga buku di sini lebih murah berbanding kedai buku yang biasa saya datang.
“Amat bagus jika mereka (BookXcess) boleh mengekalkan harga seperti ini,” katanya yang datang bersama anaknya.
Jacqueline Ng dan suaminya, Andrew Yap merupakan tulang belakang di sebalik penubuhan BookXcess yang telah menempa sejarah sebagai kedai buku pertama Malaysia beroperasi 24 jam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu2 ,big bad wolf buku2 novel English tebal harga rm8 jah sedangkan di pasaran harga rm30-50 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 23-1-2019 01:41 AM
Zaman dulu2 ,big bad wolf buku2 novel English tebal harga rm8 jah sedangkan di pasaran harga rm30-50
Best kan..saya pernah beli hunger games satu set, baru 20 lebih..
Hard cover pun murah2.. Macam buku ripleys believe it or not etc
Cuma tertanya2, kenapa buat kat maeps sekali je..lepastu buat dekat miecc.. Maeps lebih besar dan selesa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
untungla ade bbw. kt belah2 pantai timur ni xde
|
|
|
|
|
|
|
|
Bilissey replied at 23-1-2019 09:07 AM
Best kan..saya pernah beli hunger games satu set, baru 20 lebih..
Hard cover pun murah2.. Macam ...
Harga terkini buku hunger games tu dah naik jadi RM30. Masih jugak murah kan berbanding pesta buku lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 25-1-2019 12:03 PM
syoknyaaaa orang Penang .
hei kat mana niiiiiiiii wahhhhh~
heavennn |
|
|
|
|
|
|
|
paragon penang .... |
|
|
|
|
|
|
|
kat Gurney Paragon Mall
|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 17-5-2019 04:16 PM
kat Gurney Paragon Mall
bianglala belanja saya satu buku. |
|
|
|
|
|
|
|
bila birthday? ahahaha..
Book Xcess Cyberjaya dah pergi? saya belum.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak best lagi exterior tu reno sikit.tiles tu tukar parquet atau laminated floor ke.baru boleh meniarap angkat kaki kat belakang sambil baca buku.wow heaven .... lepas tu ada usb port untuk phone charger, ada audio cable boleh dengar lagu2 sentimental sambil membaca .... priceless .... |
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 17-5-2019 04:19 PM
bila birthday? ahahaha..
Book Xcess Cyberjaya dah pergi? saya belum.
belum lagi tapi memang nak pergi .... belum ada kesempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin berkembang pada zaman digital. Hebatnya.
Inilah cawangan Tropicana Gardena Mall, Kota Damansara. Macan sebuah muzium of modern arts je.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dulu first time jejak kaki kedai dia dkt amcorp mall tahun 2010, sebab study dekat pj.
tak sangka dah lama buka dari 2006 lagi..
first time masuk,terkejut tengok harga buku novel chick lit rm15/rm17 ..
memang borong la time tu..
sejak tu hampir setiap bulan akan pergi amcorp sampailah dah graduate...
semua branch dia dah pergi visit kecuali yang dekat cyberjaya dengan penang ..
paling favourite tetaplah yang dekat amcorp mall,sebab sentimental value kot hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
70% buku buku aku kt rumah hasil gigih beratur kt big bad wolf |
|
|
|
|
|
|
|
Masih prefer physical than digital books |
|
|
|
|
|
|
|
Best sgt p bookexcess ni harap2 satu hari nanti tercapai cita2 sis nak bukak kedai buku |
|
|
|
|
|
|
|
Suka beli buku secara online di sini lebih lebih lagi buku kanak kanak. Harga amat berpatutan dan postage pun laju |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|