CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28834|Reply: 61

9 Negara Paling Sejuk Di Dunia. Sanggup Ke Nak Tinggal Di Sini?

[Copy link]
Post time 23-1-2019 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Selain Antartika, ini negara paling sejuk di dunia.



Kredit  Foto : Google





Rusia


Kredit Foto : earthnworld.com



Hampir suluruh wilayah Negara Rusia Memiliki suhu yang dingin. Musim panas di Rusia pula berlangsung sangat singkat.


Di Rusia, salji dan hujan yang turun disertai suhu yang teramat sejuk berlansung selama 8 bulan dalam setahun.




Kredit Foto : Google


Rusia juga memiliki wilayah yang paling sejuk di dunia, iatu Omyakon yang mana pernah mencatat -71°C dan pada kebiasaanya pula boleh  mencapai  hingga ke -51°C.




Kazakhstan

Kredit Foto : Google


Terletak di dalam Bulatan Arktik, negara ini berada di bawah Rusia dan merupakan sebahagian daripada bekas Kesatuan Soviet.


Bentuk muka bumi di Kazakhstan sangat tidak sekata dan suhu yang berbeza-beza bergantung kepada ketinggian.



Kredit Foto : Google


Terdapat banyak tempat di negara ini sentiasa diselimuti ais.   Suhu tertinggi yang pernah dicatat oleh Kazakhstan adalah sebanyak  -57°C.




Greenland

Kredit Foto :  imgnooz.com


Greenland adalah sebuah pulau di lautan Arktik dan sangat dekat dengan kutub Utara. Greenland mempunyai kawasan yang agak mengerikan, kerana 80% dari keseluruhan kawasan ditutup dengan ais di beberapa tempat yang mencapai ketinggian 50 meter.


Hanya kawasan pantai selatan dan barat sahaja boleh dihuni oleh manusia.





Kredit Foto : Google



Musim panas di Greenland  sangat pendek dan kekal dengan suhu dingin, sedangkan musim sejuknya pula tersangatlah sejuk.


Suhu musim panas di Greenland rata-rata sekitar 10°C di wilayah selatan dan 5°C di wilayah utara. Pada musim sejuk pula serendah -66.1°C.


Kanada

Kredit Foto :www.tripsavvy.com


Kanada mempunyai banyak kehijauan dan tasik. Walau bagaimanapun, semasa musim sejuk, hampir  seluruh Kanada menerima salji dengan suhu - 40°C.


Udara lembap yang berlaku membuatkan negara ini mengalami cuaca sejuk yang melampau lantas menyebabkan Kanada di sebelah utara yang berdekatan dengan kutub utara kadangkala ditimbuni salji setebal 30-60 meter.



Kredit Foto :Google



Suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah serendah -44°C hingga membawa -57°C. Namun begitu, Kanada masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.


Amerika Syarikat

Kredit Foto : www.tripsavvy.com



Amerika Syarikat adalah salah satu negara paling sejuk di dunia walaupun tidak semua wilayah mempunyai suhu yang sama.


Oleh kerana mempunyai keluasan geografi yang besar, terdapat pelbagai keadaan cuaca di negara ini.



Kredit Foto : Google



Kawasan utara lebih sejuk dan menerima salji manakala kawasan Selatan dan tengahnya lebih panas dan sesuai untuk pertanian.


Suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah di Alaska sekitar −62.2°C. Bagi kebiasaanya pula boleh mencecah sehingga -30°C.


Iceland


Walaupun  negaranya bernama Iceland, namun suhu di sini tidak boleh menandingi Greenland.


Pada musim panas, ia dipenuhi dengan kehijaun segar tetapi apabila musim sejuk  semuanya diselimuti salji.



Kredit Foto : Google



Rata-rata suhu di negara ini antara -20°C  hingga -30°C  bahkan  boleh membawa kepada -40°C. Namun begitu, bahagian selatannya masih lebih panas berbanding sebelah utara negara ini.


Finland

Kredit Foto : Google


Finland terletak di utara Eropah yang mempunyai musim sejuk yang panjang, bahkan terkenal dengan Aurora Borealis yang lebih dikenali sebagai Northern Lights.  



Kredit Foyto : hiveminer.com



Negara ini memiliki suhu sejuk hingga membawa kepada -45°C dan pernah mencatat suhu paling sejuk sebanyak −51.5°C.  Tetapi, selain musim sejuk yang melampau, Finland juga akan mengalami musim panas yang cukup hangat.


Estonia

Kredit Foto : estonianexperience.com


Di Estonia, suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah  -43.5°C. Namun begitu,  sub-sifar Estonia tidak disebabkan oleh salji yang berterusan. Sebaliknya, arus angin seperti angin monsun telah menyebabkan suhu yang sangat sejuk.


Musim sejuk di sini agak panjang, tetapi saljinyai lebih kurang dari negara-negara lain yang  tersenarai.



Kredit Foto : Google



Estonia adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Eropah kerana kos yang rendah, seni bina abad pertengahan yang indah dan hutan pain yang tebal.


Mongolia

Kredit Foto : Google


Negara yang mempunyai ketinggian 4,900 meter atas paras laut mempunya musim sejuk  yang mencapai 5 bulan setiap tahun dengan suhu -20°C.


Pada musim panas, negara ini mempunyai suhu 0 darjah Celsius. Suhu tertinggi yang pernah tercatat adalah −58°C.



Kredit Foto : Google


Ada yang bercadang menetap di negara paling sejuk ke? Jika diberi pilihan, negara mana pilihan anda? -CARI


Sumber:en.wikipedia.org,earthnworld.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Takat hujan pun aku dah demam ketar tambah lagi nak tggal kat kawasan mcm ni..mmg takde masalah lgsg arr..habis2 jd statue..tu je pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
matbad: Takat hujan pun aku dah demam ketar tambah lagi nak tggal kat kawasan mcm ni..mmg takde masalah lgsg arr..habis2 jd statue..tu je pun


sbb bdn kita dh sebati ngn iklim khatulistiwa.. cer dorang plak dtg negara kita mau gak demam teruk agaknye x tahan panas lembab {:question
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua pun tak pernah sampai lagi. Tak tahulah boleh tahan ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pny sejuk level kundasang je {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 10:39 PM | Show all posts
canada tu bukan satu negara sejuk, cam vancouver,
sangat mild snow pun tak turun kekadang..

tapi jangan quebec cam tempat me, minggu lepas sampai minus 32 ..
semalam minus 22.. tapi dengan masa, kalau cam me dah belas tahun..
tiada beza pun berapa suhu, tak terasa sangat dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2019 10:20 AM | Show all posts
beku lerrr...hujan kat malaysia suhu 19 darjah  pun dah gigil macam apa
tapi semua tempat tu lawa ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 11:30 AM | Show all posts
bestnya main salji..tapi dah memang lahir2 duduk malaysia mana maunya tahan badan ni dengan cuaca sesejuk camtu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 11:45 AM | Show all posts
puanbintang replied at 23-1-2019 10:30 PM
bestnya main salji..tapi dah memang lahir2 duduk malaysia mana maunya tahan badan ni dengan cuaca se ...

badan cepat adapt sebenarnya...
so kalau u pergi menetap tempat sejuk,
tahun pertama mungkin azab terasa, tapi semakin tahun berganti,
you ok aje kemudian dengan suhu beku sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:30 PM | Show all posts
kt swiss & nz tu pon aku rs dah sparuh nyawa tahan..tu baru takat 2 3 mggu..nak migrate forever ever mmg jd happily never after la jd dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:30 PM | Show all posts
xtaula mcmne nk hidup klu sejuk sgt .. iols yg gemsss ni pun kadang x tahan sejuk  
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 02:42 PM | Show all posts
faraway1 replied at 24-1-2019 11:45 AM
badan cepat adapt sebenarnya...
so kalau u pergi menetap tempat sejuk,
tahun pertama mungkin aza ...

betul jugak tu..bila dah biasa ok je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 03:37 PM | Show all posts
Betul badan akan sesuaikan diri dengan keadaan setempat mungkin 1-2 tu rasa beza tapi lepas2 tu dah macam normal jer.  Yang buat tak tahan tu selalunya disebabkab angin bukan salji tu sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 05:18 PM | Show all posts
Depress aku hidup kat negara yg matahari keluar ala malu malu kucing. Psl tu orang UK ni sgt boring sebab cuaca derang pun serupa mcm orangnya. Selalu gray saja cuaca kat sana. Cuaca memainkan peranan dlm membentuk peribadi orang dr negara tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 05:19 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 23-1-2019 01:52 PM
sbb bdn kita dh sebati ngn iklim khatulistiwa.. cer dorang plak dtg negara kita mau gak demam te ...

Byk kali aku nampak mat salleh klu dpt matahari kat Msia, siap bukan baju baring atas jalan. Td nun baru nampak kata area Dataran Merdeka. Dulu selalu nampak kat highway. Klu kat KK tu selalu nmpk derang melepek berjemur seharian kat beach.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 05:21 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 24-1-2019 05:18 PM
Depress aku hidup kat negara yg matahari keluar ala malu malu kucing. Psl tu orang UK ni sgt boring  ...

yes yg ni btl..kalau hr2 gloomy pn hbs spoil mood rasa nk  tdo all the time


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 08:19 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 24-1-2019 04:21 AM
yes yg ni btl..kalau hr2 gloomy pn hbs spoil mood rasa nk  tdo all the time

kat sini kalau gloomy, hari kurang sejuk, walau awan biru cantik,
sejuk ya amat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:31 PM | Show all posts
tak boleh la hidup kat tempat2 macam ni..
spring kat US pun dah tak tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:13 PM | Show all posts
xsanggup dek.... umpama duduk dalam peti ais
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 02:43 PM | Show all posts
penah g beijing time musim sejok. dia punya sejok sampai kejang pipi nak senyum pon x bleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.486186 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list