|
|
Seorang wanita di England yang geram kerana jodohnya tidak sampai-sampai, bercadang mengahwini selimutnya dalam satu majlis besar-besaran.
Beliau turut mendakwa mempunyai hubungan intim dan rapat dengan selimutnya itu. Alahai, macam-macam orang pelik zaman sekarang ni ya?
Kredit foto: Ladbible
Pascale Sellick, 49, telah merancang sebuah majlis mewah dengan bantuan seorang perunding perkahwinan untuk 'meraikan' hari bersejaran dengan selimutnya itu.
Bekerja sebagai seorang artis, Pascale mengatakan dia sukar mendapat pasangan kerana sikapnya yang kasar dan brutal. Beliau bercadang untuk menjemput semua sahabat handai yang sudi berkongsi kegembiraan pada hari perkahwinannya.
Kredit foto: Ladbible
Pascale berkata, hubungannya tidak pernah bertahan lama, kecuali dengan selimutnya. "Saya mencintai selimut saya kerana ia sentiasa berada di sisi untuk memberikan pelukan.
"Majlis perkahwinan kami akan diadakan secara besar-besaran dengan muzik, persembahan dan hiburan," katanya.
Kredit foto: Ladbible
Pascale bercadang untuk memakai baju tidur khas dan selipar pada hari besarnya. Beliau bagaimanapun merahsiakan pakaian 'suaminya' pada hari itu.
Kredit foto: Ladbible
Difahamkan, majlis dijangka dilangsukan pada 10 Februari di Rougemont Gardens di Exeter disusuli dengan sambutan keraian di The Glorious Art House.
Tetamu dikehendaki memakai gaun tidur atau pijama dan selipar ke majlis khas itu. Mereka juga digalakkan membawa patung beruang atau botol minuman panas.
Tahniahlah mak cik, tapi berbaloi ke kahwin dengan selimut? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|