CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5013|Reply: 5

Kelahiran ‘Ahli Keluarga Baru’ Di Zoo Taiping

[Copy link]
Post time 24-1-2019 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 24-1-2019 04:13 PM




TAIPING:Zoo Taiping dan Night Safari sentiasa berusaha bagi menjalankan pemuliharaan hidupan liar secara berterusan malah sekali lagi menyaksikan kelahiran ahli keluarga baharu iaitu seekor anak Gajah jantan serta anak burung ‘Spoonbill’ Afrika.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Abd Rahim Md Ariff dalam satu kenyataan berkata bilangan pelawat seramai 609,567 pada tahun 2018 sahaja telah menunjukan perkembangan positif sejak kelahiran beberapa haiwan baharu dan promosi-promosi yang dijalankan dengan kerap.

Mengulas mengenai kelahiran seekor anak Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus) pada 30 Disember tahun lalu, katanya anak Gajah yang dianggarkan berat 80 hingga 90 kilogram itu dilahirkan oleh ibunya bernama ‘Taiping’, seekor Gajah dewasa berusia 12 tahun menjadikan kini kesemuanya berjumlah 7 ekor gajah betina dan 2 ekor gajah jantan.

“‘Taiping’ telah dilahirkan di Zoo Taiping pada 6 Jun 2007, ini merupakan kelahiran yang ke lima berjaya disambut oleh Zoo Taiping & Night safari.

“Pemantauan telah dibuat sepanjang tempoh kehamilan gajah tersebut dan kelahiran anak gajah disedari oleh penjaga pada hari kelahirannya. Sifat semula jadi dan keistimewaan yang dimiliki oleh gajah iaitu hidup berkumpulan serta melindungi anak yang baru dilahirkan bagi melindungi dan menjaga keselamatan anak tersebut,” katanya.

Sementara itu Zoo Taiping turut menerima kelahiran anak baharu iaitu anak burung ‘Spoonbill’ Afrika sekaligus merupakan penetasan dan kejayaan kali kedua selepas kali terakhir Zoo Taiping berjaya membiak burung ‘Spoonbill’ Afrika pada tahun 2003.

“Anak burung ‘Spoonbill’ Afrika telah ditetaskan pada 30 Disember 2018 dengan berat sekitar 50 gram. Anak burung ini akan dijaga oleh ibu dan bapanya di dalam sarang sehingga lebih kurang sebulan dimana ia akan meninggalkan sarang dan masih akan diberi makan oleh ibu dan bapanya untuk tempoh sebulan lagi.

“Kini, Zoo Taiping memiliki 3 ekor burung ‘Spoonbill’ Afrika iaitu seekor jantan, seekor betina dan anaknya yang masih belum dikenal pasti jantinanya dan burung ‘Spoonbill’ Afrika memiliki fizikal seakan-akan burung bangau dan memiliki keistimewaannya tersendiri iaitu paruh seakan-akan sudu,” katanya.



Tambahnya lagi, Zoo Taiping & Night Safari turut menerima spesis itik paradise shelduck, angsa whooper, angsa trumpeter dan burung kasuari sebagai salah satu tarikan terbaru.

“Kesemua sepsis burung ini telah diperolehi melalui pembelian daripada syarikat yang berdaftar. Itik paradise shelduck ini telah dipamerkan di pameran Australian Fauna iaitu salah satu pameran yang terdapat di Zoo Taiping & Night Safari.

“Sebelum ini Zoo Taiping & Night Safari mempunyai walabi, burung emu dan swan hitam di pameran yang sama dan bagi burung kasawari, satu pameran baru sedang disediakan bersebelahan pameran Australian Fauna.

“Kesemua angsa baru diterima masih dikuarantin dan akan dipamerkan kepada pengunjung dalam masa terdekat,” katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 04:07 PM | Show all posts
ahhh comelnya... aritu M3 buat dokumentari pasal zoo taiping.. liputan mengenai orang utan dan zebra yang turut melahirkan anak.. harap lebih banyak usaha pembiakan spesies terutamanya harimau malaya dan tenggiling yang amat diancam kepupusan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Zoo kt Taiping...yg beranak pun nama Taiping..
Comel angat Taiping jln sblh anak dia tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 01:13 AM | Show all posts
yg night safari tu xberbaloi langsung. xpuas nk tgk binatang sbb train tu gerak laju sangat. lampu suluh pon xbrpe terang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 10:18 AM | Show all posts
Lebih suka pergi zoo pada hari siang je sb boleh snap gambar binantang. Kalau night safari ni, ada setengah-setengah binantang sensitif dengan flash

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala comelnya....dh lama sgt tak singgah zoo Taiping last pergi tahun 2012 sgt best pergi waktu Malam
Kena kumpul dana nak pergi lagi sbb angota tentera dh bertambah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.073778 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list