Biarpun 'ex girlfriend'nya galak menayangkan kebahagiaan di laman media sosial, Kamal Adli tetap tampak bersahaja. Tiada tanda-tanda tertekan atau menonjolkan calon-calon suri hati, sebaliknya sibuk dengan satu demi satu drama yang dibintanginya.
Namun pengarah drama, Michael Ang yang sedang mengarahkan drama terbaru lakonan Kamal Adli juga, dilihat cuba memadankan Kamal dengan pelakon baru, Zeera Azizi (finalis Dewi Remaja) dan juga Uqasha Senrose. Dengan kapsyen seperti "Ok, couple baru lagi." dilihat secara mata kasar adalah untuk mempromosikan dramanya namun bagi segelintir netizen, itu adalah cubaan untuk 'match maker' jika sesuai.
Maklumlah, Michael sebenarnya menjadi telangkai antara hubungan Kamal dengan Emma Maembong menerusi drama arahannya, Syurga Tanpa Cinta pada tahun 2014, disusuli dengan drama Jodoh Sebelah Pintu dan Jangan Padam Rindu (Suhan Movies).
Foto : IG
Foto : IG
Hal itu turut dipersetujui oleh beberapa netizen dan juga pelakon Sharifah Shahora yang menegaskan Michael adalah director yang suka jodohkan pelakon-pelakonnya. Sementara Zeera dan Uqasha pula saling berbalas memuji antara satu sama lain.
Malahan ada netizen yang menyamakan gambar Kamal dan Zeera itu seperti pasangan yang baru mengikrar janji iaitu Aiman Hakim Ridza dengan Zahirah Mac Wilson. Dan kebetulan pula wajah Zeera di sesetengah gambar memang iras Zahirah!
IG
Bagaimanapun, IG Kamal hanya memotretkan gambarnya yang solo sahaja. Mungkin sudah serik untuk bercinta atau masih belum terkena panahan cinta seperti yang diharapkan oleh ramai netizen. Adakah gandingan kali ini berjaya membuahkan bibit cinta tersebut? Sama-sama kita nantikan. - CARI
|