CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
Post time 21-2-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa itu Sunnah Rasullullah dan juga Sunnahtullah?

Di dalam hadis, ada kedua2 sunnah yg dimaksudkan. Apakah sesuatu yg akan berlaku yg dinamakan Sunnahtullah, boleh disamakan dgn apa yg akan berlaku yg dinamakan Sunnah Rasullullah?

Oh ya, diakhirnya, bila seseorg tolak apa yg ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, bermaksud apa?

Dan apa yg akan berlaku, bila sesuatu itu diada2kan utk menjelaskan sesuatu yg tidak tampak kebatilan, akan tetapi hakikatnya ianya sebahagian dari kebatilan yg diada2kan? Bukankah mendustakan itu, ciri2 org munafik?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2019 11:43 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 1-7-2020 08:26 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Az Zubair bin Bakkar, diceritakan oleh Anas bin 'Iyadl, diceritakan oleh Nafi' bin Abdullah,
daripada Farwah bin Qais, daripada 'Atha` bin Abu Rabah, daripada Ibnu Umar,


“Saya bersama dengan Rasulullah s.a.w.,
tiba-tiba datang seorang lelaki Anshar kepada Nabi s.a.w.,
lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.
dan bertanya,

"Ya Rasulullah,
bagaimanakah orang mukmin yang utama?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Orang yang paling baik akhlaknya."

Dia bertanya lagi,
"Orang mukmin yang bagaimanakah
yang paling bijak?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Orang yang paling banyak mengingat kematian,

dan yang paling baik persiapannya
setelah kematian,

merekalah orang-orang yang bijak."

(Hadith Ibnu Majah no. 4249)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 04:21 PM | Show all posts
"Allah menetapkan satu (1) ketetapan
sebelum mencipta penciptaan

'rahmat-Ku
lebih mendahului kemurkaan-Ku,

dan itu tercatat di sisi-Nya
di atas 'arsy."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2019 10:08 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Nu'aim, daripada Sufyan, daripada'Ashim, daripada Mush'ab bin Sa'd,
daripada Sa'ad,

Nabi s.a.w. pernah ditanya,

“Siapakah orang yang paling berat dugaannya?“

Nabi s.a.w. menjawab,
"Para nabi,

kemudian orang-orang yang mulia sesudahnya
(darjat keimanannya setingkat dibawahnya),

dan orang-orang yang mulia sesudahnya
(darjat keimanannya setingkat dibawahnya).

Seseorang akan diuji
sesuai dengan tahap imannya.

Jika imannya teguh,
maka akan bertambah berat dugaannya,

namun jika imannya lemah
maka akan berkurangan tahap dugaannya.

Musibah akan terus menimpa seorang hamba
hingga dia berjalan di muka bumi ini
tanpa ada satu dosa pada dirinya."

(Hadith Darimi no. 2664)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 10:00 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Bukair, daripada Al Laits, daripada Uqail, daripada Ibn Syihab,
daripada Humaid bin Abdurrahman, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Adam dan Musa berbantah-bantahan pada hari kiamat,

Musa berkata kepada Adam,
'Engkaulah penyebab
yang mengeluarkan anak cucumu dari syurga!'

Sedang Adam berkata,
'Engkau Musa,
yang Allah telah memilihmu
dengan risalah-Nya dan kalam-Nya,

engkau mencelaku
atas sesuatu yang telah ditakdirkan bagiku
sebelum aku dicipta!'

Maka Adamlah yang mengalahkan Musa (dalam penghujahan).”


(Hadith Bukhari no. 6961)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 10:00 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 27-2-2019 10:02 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ahmad bin Shalih, daripadaYahya bin Hassan, daripada Al Walid bin Rabah,
daripada Nimran, daripada Ummu Darda, daripada Abu Darda,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika seorang hamba melaknat sesuatu,

maka laknat itu akan naik ke langit,
dan tertutuplah pintu-pintu langit.

Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi,
namun pintu-pintu bumi telah tertutup.

Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri,
jika tidak mendapatkan tempat berlabuh,

ia akan menghampiri
orang yang dilaknat,
jika layak dilaknat.

Namun jika tidak,
maka laknat itu akan kembali
kepada orang yang melaknat."

(Hadith Abu Daud no. 4259)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2019 10:17 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahyabin Yusuf, daripada Abu Bakr (Ibnu Ayyasy), daripada Abu Hashin,
daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah r.a.,

Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.,
"Berilah aku wasiat"

Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah kamu marah."

Lelaki itu mengulangi kata-katanya,

Nabi s.a.w. tetap bersabda,
"Janganlah kamu marah."

(Hadith Bukhari no. 5651)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2019 09:54 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 1-3-2019 09:57 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Adam, daripada Syu'bah, daripada Tsabit, daripada Anas bin Malik r.a.,

Nabi s.a.w. pernah berjalan melewati seorang wanita
yang sedang menangis di sisi kubur.

Maka Nabi s.a.w. berkata,
"Bertakwalah kepada Allah
dan bersabarlah".

Wanita itu berkata,
"Kamu tidak mengerti keadaan saya,
kerana kamu tidak mengalami musibah
seperti yang aku alami".

Wanita itu tidak mengetahui
bahawa yang menasihati itu Nabi s.a.w.

Lalu diberitahu,
"Sesungguhnya orang tadi adalah Nabi s.a.w.

Spontan wanita tersebut mendatangi rumah Nabi s.a.w.
namun dia tidak bertemu dengannya.

Setelah bertemu, dia berkata,
"Maaf, tadi aku tidak mengetahui anda".

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya sabar itu
pada saat terjadi (saat datang musibah)."

(Hadith Bukhari no. 1203)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 1-3-2019 11:47 AM

Betul juga tu, tapi ada juga yg akal kononnya pandai putar alam, cuba spin, tapi tersilap spin.

Alkisah disebuah negara setan2 yg memerintah. Tak cukup dgn cuba menembak orang2 yg beriman, cuba pula manipulasi setan2 dgn cara setan mengenakan setan lalu setan2 ini jadilah saling memusuhi selepas ini. Bila saat itu mula terjadi, setan2 yg perasan suci, seperti mana Iblis yg perasan mulia, pastilah akan dihina oleh Allah.

Saya suka ingatkan, utk hijaukan bumi, perlukan hujan. Allah menahan hujan kerana manusia mula menjadi setan terutama yg perasan suci. Hahahahahaha.

Oh ya, sudah pastilah... Bila saya taip aje, hujan pun mula le turun. Itu STANDARD org yg dihina Allah ye? Pada hujan adanya Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu untuk orang2 yg beriman sahaja ye.

Maksudnya begini, bila hujan turun, semua yg baik dan tak baik pastilah akan hidup. Akan tetapi, Ar-Rahim itu hanyalah utk orang2 yg beriman. Jika org yg beriman diam, maka tak adalah Ar-Rahman dari Allah yakni tak ada le hujan. Tu pun tak gheti nak faham makna Bismillahirrahmannirrahim. Apa awak ingat, kalimah itu saja DIA tetapkan?

(Perbuatan menyebut) nama Allah yg Pemurah (sekelian makhluk) yg Pemurah (makhluk yg beriman kepada-Nya)

(Nama)Segala pujian kepunyaan-Nya, Tuhan sekelian alam,

Yang Pemurah (sekelian makhluk) Yang Pemurah (kpd yg beriman)

Pemilik Hari Sekelian Agama

Penyembahan dan pertolongan kami ditentu

Tunjuki kami jalan lurus

Iaitu jalan ditentu nikmat mereka, bukan dizalimi dan sesat

Itu apa yg ditentu. Kalau mengaji mohong orang, namanya PENDUSTA. apa awak fikir, awak lebih faham bahasa arab? Bila shj awak dustakan makna surah Alfatihah, awak tidaklah layak masuk ke syurga-Nya. Apa lagi jenis lawak bodoh yg awak nak katakan kepada DIA? Dan apa lagi lawak bodoh sambil bermain2 dgn menyangka, Allah bersama awak dan bukan pula semuanya ditentu oleh Allah!

orang spt saya, Allah hinakan ye? Atau hakikatnya sudah lama awak DIHINA Allah? Bukankah yg terbaik amal itu orang yg berkata benar?

Mana lagi nikmat yg kamu dustakan? Tak rasa mcm mendustakan keterangan Allah selama ini?

Gini ajelah, awak dgn agama awak. Saya dgn agama saya. Nanti kita sama2 tengok, siapa yg lebih layak masuk ke syurga-Nya ye. Apa awak fikir awak suci? Bukankah iblis pun perangai seperti awak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 73 jalan. Siapa yg menyesatkan dan disesatkan?

Fikir2kanlah ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 10:05 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 4-3-2019 10:07 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Ubaidullah bin 'Umar Al Qawariri,
daripada Yahya bin Sa'id danBisyr bin Al Mufadhdhal,
(kedua-duanya) daripada'Imran Abu Bakr, daripada 'Atha bin Abu Rabah,
daripada Ibnu 'Abbas,

"Mahukah aku perlihatkan kepadamu seorang wanita
yang termasuk penghuni syurga?

'Atha bin Abu Rabah menjawab,
“Ya.”

Ibnu Abbas berkata,
“Ada seorang wanita hitam datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata,

“Sesungguhnya aku terkena penyakit epilepsi (sawan)
dan sering tersingkap auratku,
maka berdoalah kepada Allah untukku.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika engkau berkenan,
engkau bersabar
maka bagimu syurga,

dan jika engkau berkenan,
maka aku akan berdoa kepada Allah
agar Allah menyembuhkanmu."

Wanita tersebut berkata,
“Tidak perlu
bahkan aku akan bersabar.

Namun berdoalah kepada Allah
agar auratku tidak tersingkap
atau menyingkap daripadaku.”

Maka Rasulullah s.a.w. mendoakan untuknya."

(Hadith Muslim no. 4673)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 10:05 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 5-3-2019 10:07 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Bakar bin Abu Syaibah, IbnuNumair, Ishaq bin Ibrahim dan
Muhammad bin Al 'Ala, (kesemuanya) daripadaAbu Mu'awiyah, daripada Al A'masy,
daripada Syaqiq, daripada Abu Musa,
   
"Rasulullah s.a.w. pernah ditanya
mengenai seorang lelaki yang berperang

supaya dikatakan gagah berani,

berjuang kerana membela kesukuan

dan berjuang kerana ingin dipuji,

maka manakah yang disebut berjuang dijalan Allah?"

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda,

"Barangsiapa berjuang untuk
menegakkan kalimat Allah setinggi-tingginya,
maka itulah yang disebut berjuang di jalan Allah."

(Hadith Muslim no. 3525)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2019 09:41 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 6-3-2019 09:45 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Ibnu Numair, (kedua-duanya)
daripada Abdullah bin Idris, daripada Rabi'ah bin 'Utsman,
daripada Muhammad bin Yahya bin Habban, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


“Orang mukmin yang kuat
lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah s.w.t.
daripada orang mukmin yang lemah.

Pada masing-masing
memang terdapat kebaikan.

Capailah dengan sungguh-sungguh
apa yang berguna bagimu,

mohonlah pertolongan kepada Allah a.w.j.
dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah.

Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan,

maka janganlah kamu mengatakan,
“Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu,
nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu.”

Tetapi katakanlah,

قَدَرُ اللَّهِ
(lni sudah takdir Allah)

وَمَا شَاءَ فَعَلَ
(dan apa yang dikehendaki-Nya
pasti akan dilaksanakan-Nya)

Kerana sesungguhnya ungkapan kata

لَوْ
(seandainya)

akan membukakan jalan
bagi godaan syaitan."


(Hadith Muslim no. 4816)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 10:03 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Adam, daripada Syu'bah, daripada Al A'masy, daripada Zaid bin Wahb,
daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Bahawa penciptaan salah seorang di antara kalian
dihimpun dalam perut ibunya selama empat puluh hari, atau empat puluh malam,
kemudian menjadi segumpal darah dalam empat puluh hari berikutnya,
kemudian menjadi segumpal daging dalam empat puluh hari berikutnya,

kemudian Allah mengutus malaikat kepadanya dan memerintahkan
untuk menetapkan empat (4) kalimat (hal),
tentang
1) rezekinya,
2) ajalnya,
3) amalnya,
4) sengsara ataukah bahagia.

Kemudian Allah meniupkan roh padanya,

sungguh ada salah seorang di antara kalian yang melakukan amalan-amalan penghuni syurga
hingga tidak ada jarak antara dia dan syurga selain sehasta,
namun kemudian takdir telah mendahului dia,
lantas dia pun melakukan amalan penghuni neraka
dan akhirnya masuk neraka.

Dan sungguh ada salah seorang di antara kalian yang melakukan amalan penghuni neraka,
hingga tidak ada jarak antara dia dan neraka selain sehasta,
namun kemudian takdir mendahuluinya,
lantas dia pun mengamalkan amalan penghuni syurga
sehingga dia memasukinya."

(Hadith Bukhari no. 6900)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 09:54 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Harmalah bin Yahya, daripada Abdullah bin Wahb, daripada Ibnu Lahi'ah,
daripada Ibnu Hubairah, daripada Abu Tamim Al Jaisyani, daripada Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sekiranya kalian bertawakal kepada Allah
dengan sebenar-benarnya tawakal,

nescaya Dia (Allah) akan memberi rezeki kepada kalian
sebagaimana Dia (Allah) memberi rezeki terhadap burung,

dia (burung) pergi dalam keadaan lapar
dan pulang dalam keadaan kenyang."


(Hadith Ibnu Majah no. 4154)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 11:01 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Sa'id, daripada Abu Khalid Al Ahmar, daripada Katsir bin Zaid,
daripada Rubaih bin Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri,
daripada Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri, daripada Abu Sa'id,

Rasulullah s.a.w. pernah keluar bersama kami,
sementara kami saling mengingatkan tentang Al Masih Ad Dajjal,

maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mahukah aku beritahukan kepada kalian
tentang sesuatu yang lebih aku khuatirkan
terhadap diri kalian daripada Al Masih Ad Dajjal?"

Kami menjawab,
"Tentu."

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Syirik yang tersembunyi,

iaitu seseorang mengerjakan solat
dan memperbaguskan solatnya

dengan harapan
agar ada seseorang yang memperhatikannya."

(Hadith Ibnu Majah no. 4194)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2019 09:52 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Sa'id, daripada Ubaidullah, daripada Nafi',
daripada Shafiyyah (salah seorang isteri Rasulullah s.a.w.),
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa mendatangi tukang tilik
lalu mempercayai ucapannya,

solatnya selama empat puluh (40) hari
tidak diterima."

(Hadith Ahmad no. 22138)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 09:33 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Musa, daripada Hanzhalah bin Abu Sufyan, daripada 'Ikrimah bin Khalid, daripada Ibnu Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Islam dibangun di atas lima (5) landasan (rukun),

1) persaksian
tidak ada tuhan selain Allah
dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah,

2) mendirikan solat,

3) menunaikan puasa Ramadan,

4) menunaikan zakat,

5) menunaikan haji."


(Hadith Bukhari no. 7)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

__________________

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 14-3-2019 07:57 AM

Apa makna sebenar Islam?
Islam bermakna memperkenalkan nama Allah yang Maha Pemurah (Ar-Rahman) dan Maha Pemurah (Ar-Rahim).

Kerana itulah, setiap kali kita hendak memulakan sesuatu perkara, disunnahkan (kewajipan kepada yg beriman) utk membaca Bismillahirrahmannirrahim "(perbuatan menyebut) nama Allah yg Maha Pemurah (Ar-Rahman dan Ar-Rahim).

Apa makna sebenar rukun Islam?
Bila dinyatakan rukun Islam, ianya bermakna mendirikan asas memperkenalkan Allah yg Maha Pemurah (Ar-Rahman dan Ar-Rahim).

Bolehkah saya memulakan sesuatu dgn mengucap dua kalimah syahadah sahaja?
Boleh, akan tetapi adalah lebih baik sekiranya memulakan sesuatu perkara (samaada perbuatan, perkataan atau hati) dgn melafazkan Basmallah kerana dalil mengenainya amatlah jelas.

Mengapa tidak dijadikan Basmallah sebagai Rukun Islam?
Asas utk melaksanakan keseluruhan rukun Islam memerlukan Basmallah. Tanpa Basmallah, perkara yg dilakukan utk diri sendiri dikira sia-sia. Untuk lebih mudah faham :
1)Mengucap dua kalimah syahadah.
2)Solat 5 waktu
3) Berpuasa dibulan
4)Mengeluarkan zakat
5)Mengerjakan haji

Bila kita mengucapkan dua kalimah syahadah, berbeza dgn perbuatan utk kita menjelaskan Allah itu siapa? Penyaksian tanpa menjelaskan kpd diri sendiri Allah itu siapa, diibaratkan membuat penyaksian akan tetapi tak tahu apa yg dilakukan oleh-Nya selama ini. Samalah dgn maknanya, mendakwa sesuatu, akan tetapi tak kenal yg didakwa itu?

Makanya, itulah makna sebenar Islam. Sekian terima kasih.

Tak perlu buka buku rujukan, memang tak akan ada. Ini kerana, Allah tidak fahamkan sesuatu ilmu kerana semuanya takdir dari Allah.

Saya pun hairan, apasal Allah tak fahamkan kpd awak semua, makna sebenar Islam itu apa ye? Betul ke awak semua itu, 1 golongan yg selamat berbanding jumlah kesuruhannya itu 73 ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 10:07 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 14-3-2019 10:45 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Bakar bin Nafi', daripada Umar bin Ali, daripada Ma'n bin Muhammad,
daripada Sa'id, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya agama ini mudah

dan tiada seorang pun yang cuba menyusahkan diri
di dalam perkara agama ini

melainkan dia pasti akan gagal,

maka bersikaplah lurus,
dan bersikaplah sederhana,

berilah khabar gembira,
berilah kemudahan,

dan mintalah pertolongan pada saat pagi hari
dan petang hari
dan sedikit dari waktu malam."

(Hadith Nasa’i no. 4948)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069700 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list