CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
 Author| Post time 11-6-2019 09:31 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Al Hasan bin Ali, daripada Ibnu Abu Maryam, daripada Musa bin Ya'qub Az Zam'i,
daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa'd,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua (2) perkara yang
tidak ditolak
atau jarang ditolak,

iaitu, berdoa ketika azan,

dan (berdoa) ketika susah
di saat sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain
(ketika perang)."

Daripada Musa, daripada Rizq bin Sa'id bin Abdurrahman, daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa'd,

“dan waktu hujan.”

(Hadith Abu Daud no. 2178)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2019 01:00 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musa bin Isma'il, daripada Hammad, daripada Tsabit,
daripada Ibnu Umar bin Abu Salamah, daripada Umar, daripada Ummu Salamah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila salah seorang di antara kalian tertimpa musibah
maka hendaknya dia mengucapkan,

إِنَّا لِلَّهِ
(Sesungguhnya kami milik Allah)

وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(dan sesungguhnya kepadaNya
kami akan kembali),

اللَّهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيبَتِي
(Ya Allah,
aku mengharapkan pahala
pada musibahku)

فَآجِرْنِي فِيهَا
(dan berilah aku pahala padanya)

وَأَبْدِلْ لِي بِهَا خَيْرًا مِنْهَا
(dan gantikanlah untukku
yang lebih baik daripadanya).

(Hadith Abu Daud no. 2712)

Doa ketika ditimpa musibah

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 09:31 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah,

tidak ada Tuhan (yang berhak)
selain Aku,

maka sembahlah Aku
dan dirikanlah solat

untuk mengingati Aku.

(Surah Taha 20:14)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2019 09:15 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Malik, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya ('Urwah),

“Abdullah bin Arqam pernah menjadi Imam solat
bagi para sahabatnya,

suatu hari ketika tiba waktu solat,
dia pergi untuk buang air besar,
lalu kembali untuk mengimami.

Abdullah bin Arqam berkata,
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila kalian hendak buang air besar,
ketika tiba waktu solat,

maka hendaklah dia mendahulukannya
sebelum melaksanakan solat."

(Hadith Nasa’i no. 843)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua info yang berguna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 11:07 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Bukair, daripada Al Laits, daripada 'Uqail, daripada Ibnu Syihab,
daripada Anas bin Malik r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila makan malam sudah dihidangkan,

maka makanlah terlebih dahulu
sebelum kalian melaksanakan solat Maghrib.

Dan janganlah kalian tergesa-gesa
dalam menyelesaikan makan kalian."

(Hadith Bukhari no. 632)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-6-2019 09:31 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik, daripada Abu Zinad, daripada Al A'araj,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Seandainya aku tidak khuatir
memberatkan umatku,

aku pasti memerintahkan mereka

untuk bersiwak (gosok gigi)
setiap kali solat."

(Hadith Nasa’i no. 7)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2019 10:10 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Muqatil, daripada 'Abdullah, daripada Yunus, daripada Az Zuhri,
daripada Salim bin 'Abdullah, daripada 'Abdullah bin 'Umar r.a.,

"Aku melihat jika Rasulullah s.a.w. berdiri solat,

Rasulullah mengangkat kedua-dua (2) tangannya
hingga sejajar dengan bahunya.

Rasulullah melakukan seperti itu
ketika takbir untuk rukuk

dan bangkit daripada rukuk dengan mengangkat kepalanya
sambil mengucapkan,

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
(Semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya) .

Namun Rasulullah tidak melakukan seperti itu
ketika akan sujud."

(Hadith Bukhari no. 694)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang aje hadis2 Rasullullah saw, tapi kurang mendengar lalu mengakali sesuatu tanpa pengetahuan sekalipun (tidak mentaatinya), tiada gunanya juga ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2019 10:01 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Manshur, daripada Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Mahmud bin Ar Rabi',
daripada 'Ubadah bin Ash Shamit,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Tidak sah solat seseorang

yang tidak membaca Al Fatihah."

(Hadith Nasa’i no. 901)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2019 09:17 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Nu'aim, daripada Syaiban, daripada Yahya, daripada 'Abdullah bin Abu Qatadah,
daripada Abu Qatadah,

"Rasulullah s.a.w. pada dua (2) rakaat pertama dalam solat Zohor
membaca Al Fatihah dan dua (2) surah,

Rasulullah s.a.w. memanjangkan rakaat pertama (ke-1)

dan memendekkan pada rakaat kedua (ke-2),

dan terkadang beliau memperdengarkan bacaannya.

Dalam solat Asar beliau membaca Al Fatihah dan dua (2) surah,
dan memanjangkan pada rakaat yang pertama (ke-1).

Demikian pula dalam solat Subuh,
Rasulullah s.a.w. memanjangkan bacaan pada rakaat pertama (ke-1)
dan memendekkan pada rakaat kedua (ke-2)."

(Hadith Bukhari no. 717)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2019 11:53 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Abdurrahman bin Mahdi, daripada Aban bin Yazid,
daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya (Abu Qatadah)

"Rasulullah s.a.w. membaca pada solat
Zohor dan Asar (berjemaah),

pada dua (2) rakaat pertama
Rasulullah s.a.w. membaca Ummul Qur'an (Fatihah)
dan dua (2) surah,

sedangkan pada dua (2) rakaat terakhir
Rasulullah s.a.w. hanya membaca Ummul Qur'an (Fatihah).

Kadang-kadang Rasulullah s.a.w. memperdengarkan ayat
kepada kami,

dan Rasulullah s.a.w. memperpanjangkan rakaat pertama
pada solat Zohor."

(Hadith Nasa’i no. 967)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2019 09:39 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Adam, daripada Hafsh bin Ghiyats, daripada Al A'la bin Al Musayyab,
daripada Amr bin Murrah, daripada Thalhah bin Yazid, daripada Hudzaifah dan Al A'masy,
daripada Sa'd bin Ubaidah, daripada Al Mustawrid Al Ahnaf, daripada Shilah bin Zufar,
daripada Hudzaifah,

“Nabi s.a.w. pernah membaca surah Al-Baqarah, Ali 'Imran, dan An-Nisa'
dalam satu (1) rakaat.

Nabi s.a.w. tidak melewati (membaca) ayat
yang berkenaan dengan rahmat
kecuali Nabi s.a.w. berdoa,

dan tidak melewati (membaca) ayat
yang berkenaan dengan azab
kecuali Nabi s.a.w. memohon perlindungan kepada-Nya.”

(Hadith Nasa’i no. 999)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 09:28 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 27-6-2019 09:53 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Malik, daripada Yahya bin Sa'id, daripada Muhammad bin Ibrahim bin Al Harits At Taimi,
daripada Abu Hazm At Tammar, daripada Al Bayadli,

“Rasulullah s.a.w. menemui orang-orang
ketika mereka sedang solat.

Mereka menguatkan bacaan di dalamnya,

maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya orang yang solat itu
sedang bermunajat kepada Rabbnya,
maka lihatlah apa yang dia bisikkan.

Janganlah sebahagian daripada kalian menguatkan bacaannya
atas sebahagian yang lain!"

(Hadith Malik no. 163)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 09:55 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ya'qub bin Ibrahim, daripada Ibnu 'Ulayyah, daripada Syu'bah, daripada Al Hakam,
daripada 'Abdurrahman bin Abu Laila, daripada Al Barra bin 'Azib,

“Rukuk Rasulullah s.a.w.

dan bila mengangkat kepala daripada rukuk

juga sujudnya

dan duduk antara dua (2) sujudnya

hampir sama (lamanya).”

(Hadith Nasa’i no. 1055)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 09:54 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Hassan, daripada Sufyan bin 'Uyainah dan Isma'il bin Ja'far,
daripada Sulaiman bin Suhaim, daripada Ibraihim bin Abdullah bin Ma'bad bin Abbas,
daripada Abdullah bin Ma'bad bin Abbas, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya aku dilarang untuk membaca Al Qur'an
ketika sedang rukuk
atau sujud.

Jika rukuk,
maka agungkanlah Tuhan kalian,

dan jika sujud,
maka bersungguh-sungguhlah
dalam berdoa
kerana kemungkinan besar
akan dikabulkan doa kalian."

(Hadith Darimi no. 1292)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2019 10:51 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 1-7-2019 10:52 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Manshur Al Makki dan 'Abdullah Muhammad bin 'Abdurrahman Az Zuhri, (kedua-duanya) daripada Sufyan, daripada Ibnu Thawus, daripada Thawus, daripada Ibnu 'Abbas,

“Nabi s.a.w. diperintahkan sujud
di atas tujuh (7) anggota badan,

dilarang mengikat rambut

dan melipat baju.

(7 anggota badan untuk sujud) iaitu

kedua-dua (2) tangan,

kedua-dua (2) lutut,

dan hujung jari-jemari (kedua-dua) (2) kaki.”

Ibnu Thawus menunjukkan tangannya
pada dahi
dan hidungnya,

lalu berkata,
"Ini adalah satu (1) bahagian."

(Hadith Nasa’i no. 1086)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cobaan        
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 09:57 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Al Walid Ath Thayalisi, daripada Al Laits, daripada Yazid bin Abu Habib,
daripada Ja'far bin Al Hakam,

“Rasulullah s.a.w. melarang sujud dengan cepat
seperti burung gagak mematuk

dan menghamparkan lengan ketika sujud
seperti binatang buas yang sedang membentangkan kakinya

dan melarang seseorang mengambil lokasi khusus di Masjid (untuk ibadatnya)
sebagaimana unta menempati tempat duduknya."

(Hadith Abu Daud no. 731)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 12:46 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Sa'id bin Manshur, daripada Abdul Aziz bin Muhammad,
daripada Muhammad bin Abdullah bin Hasan, daripada Abu Az Zinnad, daripada Al A'raj,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila salah seorang daripada kalian sujud,

maka janganlah sujud
sebagaimana unta turun duduk,

akan tetapi hendaknya
dia meletakkan kedua-dua tangannya
sebelum kedua-dua lututnya."

(Hadith Abu Daud no. 714)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.432174 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list