CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1967|Reply: 11

Bakal Sambut Raya Cina Dalam Kesedihan Lepas Isteri Gantung Diri

[Copy link]
Post time 29-1-2019 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berusia 59 tahun bakal menyambut Tahun Baru Cina dalam kesedihan selepas menemui isterinya tergantung di dalam rumah mereka di Kampung Nyior, Paka, petang semalam, lapor Sinar Harian.




Gambar Hiasan




Dipercayai, wanita berusia 53 tahun itu menggantung dan menjerut diri sendiri menggunakan tali rafia yang disambung.


Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, lelaki terbabit terkejut menemui isterinya tidak bernyawa dalam keadaan tergantung kira-kira jam 4 petang, semalam.

"Ketika lelaki itu pulang, dia dapati rumahnya terkunci dari dalam.

"Dia yang berjaya masuk melalui pintu belakang dan mencari isterinya terkejut apabila melihat wanita itu berada dalam keadaan tergantung.

"Tali berkenaan diikat pada kayu jeriji di dalam bilik di rumah," katanya.


Selepas memotong tali, lelaki berkenaan bergegas membawa jasad isterinya ke Hospital Dungun.


Hasil soal siasat mendapati, anak mangsa berusia 22 tahun mendakwa ibunya mengalami tekanan kerana masalah kewangan.

"Anaknya mengakui ibunya pernah mengadu mengalami masalah kewangan hingga tidak mampu membeli keperluan harian.

"Tiada pertengkaran berlaku di antara mereka bertiga, malah mangsa sempat berpesan supaya suaminya menjaga anak lelaki mereka itu dengan baik," tambahnya.


Hasil pemeriksaan juga mendapati tiada unsur jenayah berlaku. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Lagi berapa hari nak raya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 01:20 PM | Show all posts

Bertambah La Lagi


Hantu kat Paka..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 01:44 PM | Show all posts

hantu kerrr..
mcm bukan jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm    
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 01:50 PM | Show all posts

berbaju kurung ber inner silang ke tu.. sopannye beliau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye.... tak bole ke bwk bincang?? Ke pasal ada sebab2 complicated lain?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn esok2 uncle ni pulak bunuh diri sudahlah.. nak2 kalau dia rapat dgn bininya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 04:09 PM | Show all posts
semoga uncle tabah mengharungi liku2 hidup
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 04:44 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 05:15 PM | Show all posts
Takziah...bersabarr lar... wlpon berat mata memandang , berat lagi bahu memikul
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 05:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040808 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list