Seorang ibu menafikan tuduhan yang dia memotong alat sulit anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun.
Menurut akhbar tempatan, wanita itu menangis dan menafikan kejadian yang didakwa berlaku di rumah mereka di Timur London.
Dia juga memberitahu juri, sesiapa yang melakukannya adalah 'bukan manusia.'
Gambar Hiasan
Siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa selepas doktor mendapati alat sulit kanak-kanak itu seperti dipotong selepas dia dibawa ke hospital oleh ibu bapanya.
Ibunya yang menjalani perbicaraan kecacatan pada alat kelamin wanita (FGM) menyatakan anaknya tercedera ketika cuba mengambil biskut di dapur.
Bagaimanapun adik lelaki kanak-kanak tersebut memberitahu polis bahawa memang ibunya yang memotong alat sulit kakaknya. -CARI