Jika anda mempunyai anak kecik yang masih bersekolah, pasti anda ingin membekalkan mereka dengan makanan sihat dan berkhasiat.
Anda pasti bimbang jika anak menggunakan wang perbelanjaan untuk membeli jajan dan makanan tidak berkhasiat. Jadi, anda memilih untuk membuat bekal atau nama mudahnya, bento. Tapi, mungkin anda kekurangan idea untuk masak apa sebagai bekal anak anda.
Perkongsian saudari Nor Khaliza Wati ini mungkin dapat sedikit sebanyak memberi idea kepada anda. Selain daripada penyediaannya yang mudah, 'presentation' bento juga penting untuk menarik minat anak dalam menjamah makanan disediakan. Jom kita lihat.
1. Kek Batik dan Kuey Teow Goreng
2. Nasi Goreng dan Ayam Goreng
3. Nasi Putih dan Ikan keli Masak Sambal
4. Roti Garlic & Spagethi Carbonara
5. Roti putih berserta Nasi Lemak
6. Bihun Goreng & Telur Mata Kerbau
7. Nasi Goreng Kosong bersama buah segar
8. Nasi Minyak & Ayam Masak Merah
9. Nasi Lemak Ayam & Buah Segar
10. Nasi Putih + Ayam Masak Merah & Cekodok Pisang
11. Garlic Bread & Chicken Popcorn
12. Nasi Lemak Pandan & Chicken Popcorn
13. Mi Goreng & Buah Segar
14. Nasi Putih + Pulut & Rendang Ayam
Memang seronok melihat bento yang berwarna-warni begini. Pasti anak berselera dan ternanti-nanti apakah menu yang ibu mereka bakal buat keesokan harinya. Selamat mencuba!
|