Jurulatih renang kebangsaan yang berasal dari Poland, Bartlomiej Kizierowski membatalkan hasratnya untuk melatih skuad renang kebangsaan. Keputusannya itu dibuat selepas kenyataan Tun Mahathir yang melarang atlet Israel dari memasuki negara Malaysia untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019.
Sumber Gambar: The Star
Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) baru sahaja melantik Kizierowski pada bulan ini dan bakal menyambut ketibaan beliau selepas perayaan Tahun Baru Cina. Jurulatih dari Poland itu dengan tiba-tiba menarik diri kerana tidak setuju dengan tindakan Malaysia.
"Israel negara penjenayah yang perlu dikecam", kenyataan Tun Mahathir ini dikeluarkan selepas beliau menghalang atlet Israel untuk menjejakkan kaki ke Malaysia. Kenyataannya itu mendapat reaksi negatif dari negara luar yang mengatakan beliau adalah seorang yang anti-semitic (Anti Yahudi) dan racist.
Sedang umat Islam mempertahankan tindakan Tun Mahathir, web editor dari Jewish News UK, Jack Mendel pula mengecam tindakan YB Syed Saddiq yang turut menyokong kenyataan Tun Mahathir tentang penghalangan atlet Israel dari memasuki Malaysia.
Disgusting racism from Malaysia's sports minister, @SyedSaddiq: "We would have lost our moral conscience & moral compass" if it meant hosting the para games was "more important than safeguarding the interest of ur Palestinian brothers and sisters" https://t.co/yPOLZjQbu5
— Jack Mendel (@Mendelpol) January 27, 2019
Post Jack Mendel mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menyatakan Israel turut berbuat demikian kepada rakyat Palestin, malah lebih kejam lagi.
Gambar: Respons rakyat Malaysia
Apa pendapat anda tentang isu ini? Betul ke tindakan Tun Mahathir? - CARI
|