Lawatan ke zoo biasanya menjadi lawatan yang paling diinginkan oleh kanak-kanak.
Ibu bapa juga turut membawa keluarga mereka untuk meluangkan masa,memerhatikan pelbagai spesies haiwan.
Namun kali ini lawatan ke zoo menjadi mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam kandang badak dan diserang haiwan itu.
Kredit: Google
Kejadian ini berlaku di Zoo Brevard,Melbourne. Petugas yang berkhidmat pada masa itu menuju ke lokasi tersebut sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Daily Star melaporkan, mangsa merupakan kanak-kanak yang berusia dua tahun, dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Arnold Palmer,Orlanda untuk menerima rawatan yang selanjutnya.
Ibu mangsa juga dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Setelah apa yang berlaku,masih tiada berita dan perkembangan tentang kanak-kanak 2 tahun itu.
"Keutamaan kami adalah keselamatan dan kebajikan pengunjung,kami bersimpati dengan keadaan mangsa," ujar Pengarah Zoo,Keith Winstein.Winstein dan pihaknya komited untuk memastikan kemalangan seperti ini tidak berulang.
Lawatan ke kandang badak itu juga diberhentikan buat sementara untuk menenangkan keadaan. -CARI
|