CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4046|Reply: 6

Jangan buang uncang teh yang sudah digunakan.

[Copy link]
Post time 1-2-2019 04:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-1-2019 01:30 PM

Jangan buang uncang teh yang sudah digunakanFMT Reporters -

January 30, 2019 2:50 PM






Jangan buang baki teh yang baru sahaja digunakan untuk membuat minum pagi atau petang. Kalau dalam bentuk uncang, lebih baik dan mudah, simpan dahulu.

Kami ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk kitar semula serbuk atau uncang teh yang dimasak untuk pelbagai sebab termasuk menyerap bau tidak menyenangkan dan untuk tujuan terapi.

Nak tahu lebih, teruskan membaca.


1. Baja tanaman

Pernahkah anda melihat pasu bunga dengan serbuk teh di atas tanah tumbuhan yang ditanam? Maknanya orang rumah anda bijak dalam hal berkaitan tanaman. Teh boleh digunakan seperti baja untuk menyuburkan tanah dan memberi nutrisi kepada tanaman. Dengan taburkan serbuk teh yang telah digunakan ke dalam pasu atau di sekeliling pokok, ia akan membantu tumbuhan membesar lebih ‘sihat’.


2. Perasa tambahan dalam masakan

Menurut laman kitchn.com, teh juga boleh menyedapkan makanan. Bagaimana? Sebenarnya, masakan Jepun, China dan Korea memasukkan teh dalam pelbagai jenis masakan mi, ikan dan daging. Ia menjadikan rasanya lebih kompleks selain lain daripada lain. Selain itu, ramai yang membuat makanan pencuci mulut seperti puding dan kek menggunakan teh.


3. Anti bau dalam peti sejuk

Ada kalanya peti ais kita berbau kepam dan hanyir selepas menyimpan ‘makanan’ atau sayur tertentu, atau mungkin sudah lama tidak dibersihkan. Sebagai penyelamat, apa kata gunakan uncang teh yang sudah digunakan sebagai agen penyerap bau. Simpan dalam satu bekas kecil dan biarkan di dalam peti ais dan saksikan magisnya!


4. Elak peralatan dapur berkarat

Kandungan tanin dalam teh hitam mencegah besi daripada teroksida. Dengan menggosokkan permukaan kuali atau periuk yang telah dicuci dengan uncang teh yang masih lembap mengelakkan peralatan dapur berkarat.



5. Hilangkan gris dan minyak dalam sinki

Apabila sesetangah masakan menggunakan minyak yang banyak, maka pinggan mangkuk anda pun turut jadi berminyak sampai susah nak cuci. Maka, gunakan uncang teh sebagai penyental. Penuhkan sinki yang diisi pinggan kotor dengan air suam, rendamkan 2 atau 3 uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit tu senang dicuci.


6. Lembutkan daging stik

Teh hitam juga boleh melembutkan daging, anda kena perap bancuhan teh hitam sebelum digril. Dapatkan nikmati daging stik yang enak.


7. Kurangkan mata bengkak dan lebam

Mata bengkak atau lebam, boleh diubati dengan meletakkan uncang teh di atas mata tertutup selama 20-30 minit untuk mengurangkan geleberan di bawah mata itu. Kandungan astringen dalam teh bagus untuk kulit


8. Bersihkan permaidani

Taburkan serbuk teh yang sudah digunakan tetapi dikeringkan di atas permaidani dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum. Ia akan menyerap bau busuk pada permaidani atas alas kaki misalnya dengan cepat dan kembalikan semula kebersihan asal. Kalau ada teh berperisa lebih wangi jadinya!


9. Penyegar semula jadi

Kalau laci almari, ruang almari tertutup atau kereta yang jarang digunakan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, letakkan sahaja uncang teh kering, kalau boleh yang berperisa di dalam. Ia akan menyerap bau tersebut dan tinggalkan ruang tersebut dalam berbau segar.


10. Hilangkan bau kaki

Kalau gusar dengan bau kaki, jangan risau. Rendamkan kaki ke dalam air teh dan lihat sendiri keberkesanannya.

Jadi lain kali, jangan buang terus uncang teh tersebut. Simpan dan gunakan sebaiknya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Niceee.
I move ke bod tips & pantang larang.
Tq
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 09:50 AM | Show all posts
good info !

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Amazing good info...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:53 AM | Show all posts
i simpan uncang teh simpan dlm peti sejuk ...
lepas siang ikan /ayam basuh tangan ...koyak uncang teh tu kluarkan hampas campurkan handwash soap. gosok tangan...hilang bau hanyir, kalau basuh dgn handwash semata tak jadi. try lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2020 10:28 PM | Show all posts
Nak cuba la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071725 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list