CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2586|Reply: 10

Budak Lelaki Tipu Kena Culik, Alasannya Tak Mahu Buat Kerja Rumah

[Copy link]
Post time 1-2-2019 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan


Seorang kanak-kanak lelaki di China sanggup berbohong kepada ibu bapanya dan pihak berkuasa kononnya dia diculik semata-mata untuk mengelak daripada membuat kerja rumah.


Ketika memberi keterangan kepada pihak polis, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dari bandar Shaying di Chongqing itu mendakwa kejadian tersebut berlaku semasa dia dalam perjalanan ke sekolah pada 17 Januari lalu.


Memetik laporan South China Morning Post pada 30 Januari, kanak-kanak itu berkata demikian dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.


Budak lelaki tersebut menjelaskan, seorang lelaki dan seorang wanita menariknya masuk ke dalam sebuah van.


Katanya, dia akhirnya berjaya melarikan diri dengan membuka pintu van apabila kedua-dua 'penculiknya' itu terleka ketika berbual di telefon dan dia seterusnya bersembunyi di sebalik semak sehingga mereka beredar dari lokasi kejadian.


Pihak polis akhirnya mengesan dakwaan budak lelaki ini kononnya dia diculik adalah tidak benar. Kredit foto: South China Morning Post


Tidak dapat dipastikan berapa lama kanak-kanak lelaki berkenaan hilang namun polis akhirnya mengesan dia tidak menceritakan perkara yang sebenar.


Ketika disoal, budak lelaki itu menyatakan dia cuma mereka-reka cerita kerana tidak mahu membuat kerja rumah.


Beg sekolah yang mengandungi kerja rumah yang belum disiapkan seterusnya ditemukan di sebuah tempat letak kereta dan dia mengakui membuang beg itu di lokasi tersebut.


Harap-harap murid-murid sekolah di Malaysia tidak meniru perbuatan tidak bertanggungjawab ini semata-mata kerana malas untuk menyiapkan kerja rumah. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau buat kat malaysia , sampai mati netizen kecam budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak-budak sekarang banyak drama
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
stress sgt ke life ko dik???
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dineo: kalau buat kat malaysia , sampai mati netizen kecam budak tu

kita pun ada. ingat tak kes villa nabilla tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 03:36 PM | Show all posts
Zaman sekarang ramai kanak2 yang kuat menipu jadi elok siasat dulu apa2 yang dikatakannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2019 05:11 PM | Show all posts
china ni selalu kes bukan2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 10:06 AM | Show all posts
kaklong32 replied at 1-2-2019 05:11 PM
china ni selalu kes bukan2

negara dia besar. macam2 ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2019 10:07 AM | Show all posts
dineo replied at 1-2-2019 01:12 PM
kalau buat kat malaysia , sampai mati netizen kecam budak tu

netizen kat malaysia semua serba tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 10:07 AM | Show all posts

kalau masuk u tak tau la apa dia nak cong lecturer bila assignment tak siap
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 12:00 PM | Show all posts
dineo replied at 1-2-2019 01:12 PM
kalau buat kat malaysia , sampai mati netizen kecam budak tu

Memang ada pun. Bukan sekali pulak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.238505 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list