View: 2274|Reply: 3
|
3 AMALAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM DALAM PERNIAGAAN
[Copy link]
|
|
Berapa banyak perkara yang mesti ada untuk pastikan diri jadi usahawan yang berjaya dan seterusnya membina perniagaan berjaya?
Apa yang mesti diketahui dan amalkan atau dilakukan untuk jadikan perniagaan berjaya?
Bolehkah aku berjaya dengan apa yang telah dilakukan selama ini?
Bagaimana orang lain buat sehingga membolehkan mereka membina satu perniagaan berjaya?
Semua soalan di atas jika sering menghantui kepala anda yang sedang bertungkus lumus menjalankan perniagaan…
atau buat anda yang sedang merangka mempersiapkan diri untuk berniaga maupun baru mula berniaga….
ketahuilah bahawa ianya merupakan satu petanda yang cukup baik!. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-2-2019 08:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by adila39 at 2-2-2019 12:59 AM
Oleh sebab itulah saya nyatakan pada permulaan tadi bahawa jika seorang usahawan sering bertanya pada dirinya soalan keramat…
“Bolehkah aku berjaya setelah apa yang aku lakukan untuk perniagaan ini…?”
…insyallah akan jauh lebih berjaya daripada mereka yang buat ayat, “aku yakin akan berjaya?”.
Khas buat yang bertanya apakah boleh perniagaan berjaya?
Banyak perkara yang bakal menentukan samada kita mampu membina perniagaan berjaya atau tidak. Salah satu perkara penting dan tidak ada pengecualian adalah ilmu terhadap apayang diperniagakan. Juga ilmu tentang perniagaan itu sendiri.
Namun begitu, bab ilmu ini sebenarnya tidak akan habis-habis. Anda boleh bermula dengan zero dan terjun berniaga untuk mendapatkan ilmu dari kesilapan dan bertanya.
Anda juga boleh belajar dulu dengan mendalam sebelum memulakan perniagaan dan apabila mula berniaga, anda tetap perlukan ilmu lagi sampai bila-bila sehinggalah nyawa diragut daripada jasad.
Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah 3 perkara yang tiada pilihan untuk anda elakkan
3 perkara penting untuk perniagaan berjaya adalah:
1.Tunaikan solat 5 waktu dan juga semua ibadah wajib lain serta tinggalkan perkara haram. Jika ini tidak dilakukan oleh para usahawan, segala usaha maupun kejayaan anda termasuklah wang ringgit dan segala kemewahan lain adalah sia-sia dan hanya jadi bahan api neraka untuk membakar anda sendiri.
2.Berbuat baik pada ibu dan bapa dan hulurkan bantuan wang dan juga tenaga bagi menyara keperluan hidup mereka. Berbuatlah sebaik mungkin untuk menyejukkan hati mereka dan mendamaikan mata mereka yang redup.
Contoh paling mudah adalah dengan pastikan anda merenung wajah mereka setiap hari jika berdekatan dan sekurang-kurangnya sebulan sekali jika berjauhan. Berikan wang walaupun mereka dah ada cukup wang. Layan makan minum mereka dan layan perbualan mereka sebaik mungkin.
Anda boleh baca biography Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk tahu bagaimana dia layan ibunya.
3.Tunaikan solat Duha setiap pagi di waktu Duha. Jadikan amalan solat Duha ini rutin anda sebaik sahaja mula berniaga atau sebaik sahaja bernekad untuk jadi usahawan. Hafal doa solat duha dan fahami maksudnya.
I share, basic practice yg i think sgt bagus.
Sumber : Blogger Subhi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-2-2019 12:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
KILL_NANCY replied at 4-2-2019 04:29 AM
mekasih for d input |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|