View: 3416|Reply: 17
|
Jom Kenali Nama Lebuh Raya Di Lembah Klang! Mana Satu Anda Selalu Guna?
[Copy link]
|
|
Kawan 1: Weh dekat mana tu? Lamanya.
Kawan 2: On the way dah ni, dekat MEX.
Kawan 1: MEX? Dekat mana tu?
Pernahkah anda alami situasi di atas? Tahu nama lebuh raya, tapi tidak tahu lokasi dan ke mana arah tujunya. Jangan risau, anda tidak keseorangan.
Sebenarnya ramai yang masih tidak tahu nama-nama lebuh raya di sekitar Lembah Klang dan lokasi yang dihubungkan oleh lebuh raya tersebut. Jom kenali nama-nama lebuh raya di Lembah Klang seperti dikongsi TheLorry.com!
1. KESAS
Sumber Gambar: The Lorry
Lebuhraya Shah Alam, KESAS menghubungkan pusat industri dan pusat penempatan di sekitar Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Cheras, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.
2. LDP
Sumber Gambar: The Lorry
Lebuhraya Damansara-Puchong atau nama singkatannya LDP menghubungkan kawasan Damansara dan Puchong. Lebuh raya sepanjang hampir 40 kilometer (km) ini menyediakan kemudahan untuk mengakses lebuh raya lain di Lembah Klang seperti Federal Highway 2, New Pantai Espressway (NPE) dan MRR2.
3. NPE
Sumber Gambar: The Lorry
New Pantai Espressway (NPE) atau dalam bahasa Melayu yang bermaksud Lebuh raya Baru Pantai menghubungkan Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Bandar Sunway. Tujuan utama pembinaan lebuh raya ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Federal Highway.
4. SPRINT
Sumber Gambar: The Lorry
Lebuhraya SPRINT terbahagi kepada tiga iaitu Kerinchi Link, Damansara Link dan Penchala Link. Lebuh raya sepanjang 26.5 km ini menghubungkan bandar Kuala Lumpur sehingga ke Petaling Jaya dan Damansara.
5. MEX
Sumber Gambar: The Lorry
Maju Expressway yang dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur-Putrajaya Expressway (KLPE) menghubungkan kawasan Kuala Lumpur ke Putrajaya dan juga KLIA. Mereka yang selalu menaiki penerbangan pasti selalu menggunakan lebuh raya ini.
6. LATAR
Sumber Gambar: The Lorry
LATAR atau Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway mempunyai jalan sepanjang 32 km yang menghubungkan Ijok di Kuala Selangor sehingga ke Templer Park, Rawang. Lebuh raya ini terkenal dengan harga tol yang sangat mahal! Nak buat macam mana kalau dah terpaksa digunakan, kan?
7. LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
Sumber Gambar: The Lorry
Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway menghubungkan bandar Kuala Lumpur dan Klang. Lebuhraya ini bermula dari Seputeh di Kuala Lumpur sehingga ke Klang, Selangor. Ia juga merupakan lebuh raya paling sesak di Lembah Klang.
8. MRR2
Sumber Gambar: The Lorry
Siapa saja yang tidak mengenali MRR2? Lebuh raya yang sentiasa sesak tidak kira pagi atau malam. Kuala Lumpur Middle Ring Road 2 (MRR2) mempunyai jalan sepanjang 65 km turut menghubungkan antara beberapa lebuh raya lain.
Jadi, lebuh raya mana yang selalu anda lalu? Lepas dah baca artikel ini jangan sesat lagi pula! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semua pernah guna..
termasuk NKVE, DUKE, PLUS, LKSA, AKLEH, grandsaga, besraya, smart..
banyak no berjalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua i guna...kdg2 bkn nk guna pn tp sbb sesat...haha.....salah masuk susur...huhu...tp latat hway tu mmg sunyi kan...kalau i drive jrg lalu mlm2..somi drive tkpe....jln baru yg ikut rawang tu i belum lalu..yg tinggi tuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak masuk smart tunnel? itu pun highway paling canggih bawah tanah keluar2 nampak klcc |
|
|
|
|
|
|
|
boleh dikatakan semua lebuhraya iuols guna. hahah.. cuma nak ke sepang /klia jarang guna |
|
|
|
|
|
|
|
naik grab je senang sb ak susah nk kenal jln kalau drive sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
NKVE, DUKE, AKLEH, SILK, LKSA, BESRAYA, SUKE (coming soon) |
|
|
|
|
|
|
|
sbgai non KL, aku nak tnya mana MRR1? klu ada MRR2 mana yang no 1??
|
|
|
|
|
|
|
|
LATAR best.
Reload x pernah tutup.
Adik2 yg jaga tol baik2, kemas n rapi, comel2 n hansem2.
Scenery cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua dah lalu tapi tak suka smart tunnel sebab rasa sempit dan rendah. Kawan akak pernah sangkut dalam tu lebih satu jam sebab ada kemalangan sampai akak kena mesyuarat sendirian. Sejak tu akak boikot smart tunnel sebab pernah menyusahkan akak. Tengok berapa banyak sebabnya |
|
|
|
|
|
|
|
musafir_665: sbgai non KL, aku nak tnya mana MRR1? klu ada MRR2 mana yang no 1??
ada je MRR1.. jalan tun razak, jalan istana tu termasuk dalam MRR1 la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu guna PLUS & DUKE. Sometimes pakai je semua highway ni, ikut keadaan traffic. |
|
|
|
|
|
|
|
Duke lorr ...Kalau nak ke Shah Alam baru guna Latar... |
|
|
|
|
|
|
|
Duke sebelah rumah i je
Keluar rumah je kena bayar tol |
|
|
|
|
|
|
|
Umah aku di apit besraya n plus..mex, kesas, mrr2, silk dan highway bkt jalil semua dlm 5km radius drpd umah. Tp aku gi keja x perlu lalu tol |
|
|
|
|
|
|
|
masuk smart tunnel rasa macam keluar dunia lain lepas tu.. lost gila!
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 7-2-2019 12:03 PM
masuk smart tunnel rasa macam keluar dunia lain lepas tu.. lost gila!
Itu belum masuk vokuru tunnel mahu koma sebulan |
|
|
|
|
|
|
| |
|