Kredit foto: IG Syed Saddiq
Baru-baru ini, kecoh apabila seorang usahawan muda meluahkan perasaan kecewanya terhadap YB Syed Saddiq. Individu berkenaan mendakwa terkilan apabila seolah-olah tertipu dengan Menteri Belia dan Sukan itu yang menjanjikan bintang dan bulan.
Menurut postingnya itu, dia menceritakan kisah bagaimana dia ditipu oleh YB Syed Saddiq yang berjanji mahu mempromosikan produknya sebagai tanda menyokong usahawan muda di Malaysia.
Bertambah kecewa, apabila dia melihat YB Syed Saddiq mempromosikan satu produk lain dan setelah dikaji produk itu adalah milik Exco Pemuda Bersatu.
Namun, posting itu mendapat perhatian YB Syed Saddiq dan beliau membalas kenyatan tersebut dengan tenang dan jelas.
Usahawan tersebut turut membalas posting berkenaan dengan komen yang agak pedas.
Kenyataan balas YB Syed Saddiq turut mendapat respons netizen.
Foto: Twitter
Sebenarnya, perkara ini boleh diselesaikan secara baik. Bahasa digunakan usahawan muda tersebut yang agak kasar dan kesat menegangkan lagi keadaan juga dilihat tidak profesional. Kita tidak boleh mendengar pandangan sebelah pihak sahaja, pasti YB Syed Saddiq ada penjelasan yang lebih jelas.
Apa-apa pun, diharap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat. - CARI |