HIBURAN
“Saya tak 'handsome' kot” - Amir Masdi
Khamis, 7 Februari 2019 3:29 PM
Oleh: FARHAN IKRAM
PENYANYI Amir Masdi mengakui masih mempunyai banyak kelemahan dalam bidang seni yang menyebabkan bakatnya dipandang sepi biarpun sudah mempunyai tiga buah lagu.
Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 23, menjelaskan perkara itu selepas sedar dia gagal memikat hati peminat biarpun menjadi juara program Akademi Fantasi 2016 (AF2016).
“Saya sendiri bingung, mungkin terlalu banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki, mungkin juga personaliti tidak semegah artis lain.
“Sejujurnya saya akui masih lemah dalam 'permainan' mempromosikan diri, malah imej yang saya bawa seakan gagal memberi kesan kepada peminat.
Penyanyi lagu puas ini ditemui pada acara karpet merah Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Amir menyangkal desas-desus bahawa nasib yang menimpanya itu disebabkan dia kurang gemar begaul dengan selebriti lain.
“Tipulah kalau saya tidak berkawan dengan penyanyi muda lain, Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan merupakan antara kenalan rapat saya di dalam industri.
“Mungkin juga kerana saya tidak mempunyai wajah tampan seperti lain,” jelas Amir.
Post time 7-2-2019 06:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Asik cite cmni je si amir ni.. rasa tahun lps pun 2, 3 kali keluar artikel pasal apa sebab dia x laku.. adoiii.. tinyah dulu bertahun-tahun mencuba start dari tahun 2000 sampai la Tak Mungkin Kerna Sayang meletop tahun 2008 (8 tahun kot dia tunggu)..
Post time 7-2-2019 07:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Team management ko kena baguih baru letop. Pandai promo n cari peluang.
Asah bakat dlm lakonan n pgacaraan. Bukan hanya nyanyi sajork
Lagu pun kena best sedap d dengar
Nak cepat lagi p la bercintun2 dgn retis2 yg pemes
hapis soip masa memula keluar pon sendu jugak chuols. so, chuols kena gali lagi mantapkan PR, cari material yg betul2 hits n pihak management pon push la lagu2 heshe as OST ke. konpem letop. plus imej kena groom sket, kusam sgt menurut meols.
management ko kene la pandai amek peluang. cari la mana2 drama nk buat ost ke apa ke. ko tgk ippo apis muka kelaut jugak tp selalu buat soundtrack drama acik pukul 7 walaupun lagunya bunyi sama je.
Post time 7-2-2019 11:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
adel7 replied at 7-2-2019 11:53 PM
bdk2 kat youtube semua dh panggil dia king of soundtrack even mono tone dr awal sampai habis lagu ...
Memang mono tone nak sepak rasa, nyanyi macam takda perasaan flat je. Takda turun naik langsung suara tu, maintain mendatar. Tapi tu la lagu2 dia banyak jadi sound track tv