p.p1 {margin: 0.0px 0.0px 0.0px 0.0px; line-height: 15.0px; font: 12.0px Verdana; color: #000000} span.s1 {font-kerning: none} Susulan kemeriahan tagline atau slogan 'Bossku' yang kini sudah menjangkau banyak medium, terdapat ura-ura kononnya perkataan itu sudah dipohon sebagai cap dagang oleh Hafizh Syahrin iaitu pelumba MotoGP negara.
Kredit foto: Carian Google
Menurut seorang netizen, pelumba motor berkenaan telah memohon hak cipta tersebut sejak 30 Ogos tahun lalu kepada Perbadananan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO.
Kredit foto: Facebook
Sebelum ini, perkataan yang dikatakan bermula di negeri Sabah itu telah digunapakai secara meluas dalam filem (Paskal), slogan ahli politik (Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dan acara-acara hiburan tempatan.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Susulan berita berkenaan, permohonan tersebut yang mula disebarkan di laman BeautifulNara, netizen mengecamnya sebagai tidak berpatutan disebabkan frasa dan slogan tersebut telah menjadi kebiasaan sejak berpuluh tahun lagi.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Antara komen netizen termasuklah menyamakan perbuatan tersebut dengan warganegara jiran yang suka menuntut hak pemilikan terhadap sesuatu budaya yang mempunyai persamaan dengan mereka menggunakan tanda pagar #doneclaim.
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, terdapat juga peminat Hafizh Syahrin yang menerangkan bahawa pelumba itu menggunakan nombor plat 55 dalam perlumbaan. Jadi, beliau telah memohon untuk cop dagang 'Bo55ku' dan bukannya 'Bossku' seperti yang disebarkan.
Pun begitu, dalam dokumen permohonan yang didaftarkan kelihatan seperti 'Bossku'.
Kredit foto: Carian Google
Menurut semakan Borneo Netizen pula, pelumba itu mendaftarkan kedua-dua tagline BOSSKU dan BO55KU.
Kredit Foto: Facebook
Sekiranya permohonan Hafizh diluluskan, orang ramai tidak lagi sewenang-wenangnya menggunakan slogan atau frasa tersebut terutamanya dalam percetakan atau perniagaan.
Tindakan mahkamah boleh diambil bagi mana-mana pihak yang menggunakannya jika didapati melanggar undang-undang tersebut.
Apa pendapat anda? Wajarkan slogan popular ini didaftarkan oleh individu untuk tujuan perniagaan? - CARI |