View: 2535|Reply: 9
|
Pekerja Restoran Sushi Terkenal Kutip Ikan Mentah Dari Tong Sampah Untuk Buat Su
[Copy link]
|
|
Jepun memang terkenal dengan tahap kebersihannya. Bayangkan, air longkang di negara itu terlalu jernih hinggakan kita boleh melihat ikan berenang-renang di dalamnya. Tetapi, adakah semua bangsa Jepun pembersih?
Kredit foto: eggdonation
Terkini, gempar di negara itu apabila pekerja sebuah restoran sushi terkenal yang mempunyai 400 cawangan di Jepun, Kura Sushi membuat onar.
Kredit foto: nextshark
Apa yang mencetuskan kontroversi adalah pekerja di salah sebuah rangkaian Kura Sushi didapati mencampakkan hirisan ikan ke dalam tong sampah dan mengutipnya semula untuk dihidangkan.
Kredit foto: nextshark
Ia bermula dengan video yang dimuat naik salah seorang pekerja yang merupakan rakan kepada si pelaku itu sendiri. Perakam hanya tertawa sahaja apabila menyaksikan tindakan individu berkenaan menghiris ikan, lalu mencampakkan ke dalam tong sampah sebelum mengutipnya kembali.
Kredit foto: nextshark
Video tersebut kemudian tular di Twitter negara itu dan ramai menyelar tindakan pekerja restoran berkenaan yang didapati jijik dan kotor. Ada juga yang mengatakan video tersebut palsu dan hanya gurauan semata-mata.
Bagaimanapun, pihak Kura Sushi telah mengesahkan kesahihan video tersebut. Menurut pihaknya, insiden itu melibatkan seorang pekerja sambilan di salah sebuah cawangannya dan pekerja tersebut telah dikenal pasti serta dikenakan tindakan.
Kura Sushi juga meyakinkan orang awam bahawa ikan di dalam video tersebut tidak dihidangkan kepada pelanggan.
Namun, orang awam tetap memberi reaksi negatif terhadap isu berkenaan dan ada yang bertindak mahu memboikot mana-mana cawangan restoran Kura Sushi kerana risau perkara sama berulang lagi.
Jijik dan kotor! Mana-mana restoran juga mempunyai risiko sama. Semoga penyelia restoran dapat sentiasa memantau tingkah laku pekerja supaya perkara sebegini tidak akan berlaku. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la staff baru tp xde briefing ke tentang etika kerja? Japanese ni jgn buat main. Sekali image dah tercalar, ssh diorg nak percaya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww sebab tu selalu orang kata kalau tengok cara disediakan atau keadaan sesetengah dapur kedai mesti tak lalu nak makan punya |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak Jepun pelik pelik |
|
|
|
|
|
|
|
sampah jadi makanan = cef hebat, makanan jadi sampah = cef tak hebat |
|
|
|
|
|
|
|
Ewws. Naseb la xminat shushi{:cryrun{:hero |
|
|
|
|
|
|
|
Ewws. Naseb la xminat shushi{:cryrun{:hero |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah |
|
|
|
|
|
|
| |
|