Dalam banyak penemuan bersejarah, terdapat satu penemuan yang sampai sekarang masih lagi kekal misteri. Kandungan buku ini tidak dapat dirungkai oleh para ilmuan. Mengapa buku ini ditulis? Dan untuk tujuan apa buku ini masih tidak dapat dijawab sehingga sekarang.
Buku tersebut diperbuat daripada kayu, muka suratnya diperbuat daripada kulit lembu dan dihiasi dengan logam. Tingginya 92cm, lebar 50 cm dan setebal 22 cm. Buku yang besar ini seberat 75 kg dan dua orang diperlukan untuk mengangkatnya. Dan kini, buku ini tersimpan di Perpustakaan Nasional Swedia di Stockholm.
Foto: Google
Kandungan Kitab Syaitan
Kitab Syaitan ini mengandungi sejarah agama di dunia, nama orang suci, sebuah kalendar dengan nekrologium, nama para biarawan di biara bodlaice dan lain-lain. Melihat pada kandungan kitab ini, ia hanya ditulis oleh seorang sahaja dan ditulis pada waktu yang singkat. Apa yang menarik perhatian di sini adalah gambar syaitan yang sedang berdiri dan bergigi taring.
Asal usul Codex Gigas - Kitab Syaitan
Penulis kitab ini adalah seorang biarawan yang melanggar peraturan dan dihukum, diikat dalam keadaan berdiri seumur hidup. Untuk mendapatkan pengampunan, biarawan itu berjanji membuat sebuah buku yang memuliakan biara tersebut dan para biarawan yang ada di situ. Dia akan menyelesaikannya hanya Dalam satu malam.
Dalam kebuntuan menyiapkan manuskrip itu, biarawan menjual jiwanya kepada Syaitan untuk membantunya menyiapkan kitab itu. Kerana terhutang budi, biarawan itu melukis gambar Syaitan tersebut ke Dalam kitab itu.
Kitab Syaitan ini ditulis pada awal abad ke-13 di Biara di Bohemia dan ditulis Dalam bahasa Latin.
Buku ini mengandungi banyak rahsia dunia yang kita tidak tahu. Kewujudannya membuktikan bahawa bukan hanya manusia sahaja yang hidup di dunia ini. Cuma manusia sahaja tidak dapat melihatnya melalui mata kasar. -CARI |