Masturbate atau dalam Bahasa Melayu, onani adalah aktiviti yang dilakukan tidak kira lelaki atau wanita yang merangsang alat sulit sendiri sehingga mencapai klimaks. Masturbation adalah perkara yang tidak lari dari dilakukan oleh kita semua, golongan remaja terutamanya.
Sumber Gambar: Reddit
Hampir semua orang pernah beronani dalam hidup mereka, tapi tahukah anda sebenarnya aktiviti onani ini banyak mendatangkan keburukan kepada diri kita sendiri. Berikut adalah keburukan beronani:
1. Erectile dysfunction
Kerap beronani boleh membuatkan anda mengalami masalah erectile dysfunction, atau dalam bahasa mudahnya mati pucuk. Hal ini akan membuatkan alat kemaluan lelaki tidak mencapai tahap ereksi yang maksimum, sekaligus mengganggu hubungan bersama si isteri. Tetapi jangan risau, masalah ini boleh diatasi dengan berjumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut.
Sumber Gambar: Docsapp Blog
2. Ejakulasi pramatang
Kerap beronani akan membuatkan saraf di sekitar zakar lebih sensitif dan cepat untuk berasa puas. Jadi, seseorang itu akan memancutkan air mani terlebih awal dari yang sepatutnya, sedangkan pasangannya belum puas. Perkara ini sedikit sebanyak akan mengganggu hubungan di antara suami dan isteri.
Sumber Gambar: Lelaki Sihat
3. Sentiasa penat
Onani memakan tenaga yang banyak dan selalunya selepas beronani anda akan berasa penat dan mungkin akan tertidur. Mata juga akan menjadi kuyu dan sentiasa nampak penat. Bukan sahaja penat, onani juga akan membuatkan muka anda nampak lebih tua dan tak bermaya!
Sumber Gambar: Success Magazine
4. Malu untuk bergaul dengan orang
Bukan sahaja fizikal anda yang akan terkesan, dalaman juga akan terkena akibatnya. Jika kerap beronani, anda akan menjadi malu dan sukar untuk bergaul dengan masayarakat, memandangkan banyak masa yang dihabiskan di dalam bilik dan berseorangan.
Sumber Gambar: Muslim Girl
5. Melembapkan fungsi otak
Semasa sedang beronani, biasanya anda akan membanayangkan adegan tertentu atau menonton video pornografi untuk menaikkan nafsu. Kerap menonton video pornografi akan memberi kesan kepada otak anda, sebagai contoh sukar untuk menghafal atau mengingat sesuatu perkara.
Sumber Gambar: Rowan Coaching
Jadi sebelum terlambat, apa kata anda ambil inisiatif untuk berhenti melakukan onani dan menggantikan aktiviti tersebut dengan perkara yang lebih produktif dan berfaedah, bersenam atau bermain game contohnya. Jangan tewas lagi okay! -CARI |