View: 1539|Reply: 9
|
Arwah Ayah Pun Pernah Bohong- Nik Abduh Nik Abdul Aziz Pertahan Diri
[Copy link]
|
|
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan tindakannya menafikan kesahihan suara dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah yang tepat.
Dalam soal menjaga kerahsiaan parti, perkara itu turut diamalkan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.
Nik Abduh
"Ia hanya soal kerahsiaan dan bila kita berada dalam parti besar apatah lagi parti Islam, maka soal kerahsiaan itu adalah sesuatu yang valid, ada ilmunya dalam agama. Banyak contoh-contohnya.
"Saya buat contoh yang dekat kita di Kelantan ini ialah dalam isu baiah, taklid talak (isteri) terhadap wakil rakyat PAS di Kelantan. Apabila dokumen itu tular, almarhum tok guru Nik Aziz ditanya dan dia menafikan sekeras-kerasnya.
"Maknanya kalau nak kata bohong pun bohonglah, tapi ia bab kerahsiaan. Dia menjaga rahsia wujudnya baiah itu walaupun dah bocor sampai ke mati."
Allahyarham Nik Aziz
Malaysia Kini melaporkan, beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang penafiannya terhadapa rakaman audio penerimaan dana daripada Umno yang melibatkan pimpinan PAS sebelum ini.
Bagaimanapun PAS mengesahkan kesahihan audio tersebut mengandungi suara Nik Abduh.
Dalam satu hantaran panjang di Facebooknya, Nik Abduh membuat penafian tersebut selepas mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Sementara itu Hadi berkata, "Nik Abduh sendiri (yang cakap), bukan saya, terpulang pada Nik Abduhlah. Mungkin orang lain menafikan, tapi Nik Abduh tahulah dia cakap." -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmm..xpaham aku ngn politik2 ni sampai nk mengaitkan dgan arwah bapak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis tunggang agama pujaan ummah melayu, kuat menipu tapi asal isle takpa |
|
|
|
|
|
|
|
kau dah kenapa? biarlah ayah kau aman2 di sana... |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu contoh iman tu tak boleh di warisi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bodoh kesian la ayah dia. Mmg iman tak dapat diwarisi |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullahalazim. Kenapa lah sampai nak kaitkan dengan nama arwah ayah tu. Masalah sendiri, sendiri kasi settle lah. Ni tak, cuba cari alasan dengan menyebut orang yang telah pergi. Ayah sendiri pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila baca artikel dan bukan tajuk. Nik Abduh tgh berbicara bab kerahsiaan. Walaupun orang cakap itu satu pembohongan, amanah rahsia tetap dipegang.
Snitches get stitches. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak nak galakkan stodens akak masuk politik. Membodohkan diri pun takpa, yang penting duit masyuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka ati ustaz la nk kecek blawok pun, tp bakpo nak kait nge arwah hok takdop dohh. Tak pasal tercalar maruah arwah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|