CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5642|Reply: 14

Apa yg korang tau pasal METEOROLOGI??

[Copy link]
Post time 14-2-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
The date when the World Meteorological Organization (WMO) was established, which is 23 March 1950, was dubbed World Meteorological Day. Every year, the organisation announces a slogan for this day. All member countries celebrate World Meteorology Day.

“The Sun, the Earth and the Weather” – which is also the theme of World Meteorological Day on 23 March 2019. It's that time of year again!

Artikel kt atas menyatakan bahawa WMD disambut setiap tahun pada setiap 23 Mac. Kalau kt Malaysia, kita ada Jab Meteorologi Malaysia. Korang tau tak apa peranan diorang dan sejauh mana korang rasa pentingnya meteorologi ni? Mari kita bincangkan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 06:16 PM | Show all posts
lupa nak pesan kat thread announcement tu, sila tag nama aku ( @winamp05 ) untuk aku tau korang dah buka thread baru.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 06:18 PM | Show all posts
lately ni... aku rasa ramai rakyat malaysia dah sedar akan kewujudan jabatan meteorolgi ni. bilamana isu isu besar seperti gempa bumi dan banjir acap kali di sebut sebut di corong radio oleh jabatan meteorologi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup, walaupun asyik kena kecam je sbb kununnya tak bg info yg betul etc. Lmbt bg warning etc.. Tapi bila i tgk fb, ig diorang, info diorng tu updated 24 hours, tgh mlm pun diorng update info. Kita sedap2 tdo bagai..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa kat uni ada belajar subjek meteorologi. Tapi lupa dah apa yang i belajar pasal meteorologi ni. Yang i ingat pasal pembenihan awan untuk bantu mengurangkan masalah jerebu. Huuu..pastu g lawatan ke jabatan meteorologi kat sepang rasanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa sekarang ramai makin alert tentang meteorology kan. Dekat website jabatan meteorology tu ada cuaca bandar utama, pusat peranginan tempatan semua.
Senang kalau kita nak plan nak pegi bercuti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2019 11:16 AM | Show all posts
Kalau dulu sebut meteorologi ingat bulan bintang planet jela..skrg bila tgk page jabatan meteorologi kat fb baru la tahu.. rupanya luas..merangkumi cuaca bagai..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
nah link jabatan meterologi

http://www.met.gov.my


suka juga buka web ni kalau nak tgk ttg gempa bumi, cuaca etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2019 11:49 PM | Show all posts
hawaM replied at 22-2-2019 02:06 PM
Dulu masa kat uni ada belajar subjek meteorologi. Tapi lupa dah apa yang i belajar pasal meteorologi ...

Wahh.. Bestnya u amik subjek meteorologi.. bkn semua u ada subjek tu kannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 11:51 PM | Show all posts
Akak_hazelyn replied at 3-4-2019 12:52 PM
Rasa sekarang ramai makin alert tentang meteorology kan. Dekat website jabatan meteorology tu ada cu ...

Kann.. Byk info kt fb diorang.. U pernah call hotline diorang. I pernah call tgh mlm sbb nk tau psl cuaca buruk area segamat. I call pkl 2pagi. Sbb hujan lebat gila.. Umah mil i kaw banjir. cepat ja diorang respon. Ingatkan diorang x angkat call mlm2 buta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 11:52 PM | Show all posts
Catpaw replied at 3-6-2019 05:42 AM
nah link jabatan meterologi

http://www.met.gov.my

Tq share web diorang.. Teringin gak nk tau camne diorang buat ramalan cuaca tu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 11:56 PM | Show all posts
muggleDylla replied at 4-4-2019 11:16 AM
Kalau dulu sebut meteorologi ingat bulan bintang planet jela..skrg bila tgk page jabatan meteorologi ...

Nama lama jab meteorologi dulu kalau x silap i, jabatan kaji cuaca. So i pun ingat diorang buat ramalan cuaca je.. Now dh tukar jd meteorlogi.. baru tau besar dan luas bidang ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 12:14 PM | Show all posts
Edited by MFR_IN at 23-7-2019 12:15 PM
farlis replied at 3-6-2019 11:51 PM
Kann.. Byk info kt fb diorang.. U pernah call hotline diorang. I pernah call tgh mlm sbb nk tau ps ...

jabatan meteorologi ni 24 hours beroperasi.

so ada pegawai yg kerja shift 8pg-8mlm dan 8mlm-8pg. jadi ada la org angkat kol even pkl 3-4pg pun.

kalau department tsunami tu kena alert la kalau ada gegaran dan kena sentiasa update. kalau tak habis la pegawai kena marah dgn org atasan + vvvvip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo.. Ye la kan.. Gempa bumi/tsunami mn blh ramal.. Diorang kena alert la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 10:02 PM | Show all posts

Letupan kuat, gegaran di Sabah berpunca daripada 'bola api'
03 Feb 2021

KUALA LUMPUR - Bunyi letupan dan gegaran kuat yang berlaku di Sabah pada Ahad lalu merupakan fenomena bola api yang memasuki ruang udara bumi.

Perkara itu disahkan oleh International Meteor Organisation (IMO) dalam laporan yang dikeluarkan di laman sesawangnya baru-baru ini dengan kod peristiwa 632-2021.


Timbalan Pengarah (Pencerapan) Planetarium Negara, Zamri Shah Mastor berkata, peristiwa tersebut dirakamkan pada jam 11.04 pagi dan sebanyak lima laporan diterima berhubung bunyi letupan itu iaitu dua dari Sabah dan tiga dari Brunei.

Beliau berkata, kedudukan bola api tersebut ketika berlaku letupan adalah di Papar, Sabah dan daerah Muara, Brunei berdekatan Laut China Selatan.

"Ia telah disahkan oleh IMO. Saya yakin video dari Sabah mengesahkan fenomena itu sebenarnya satu kejadian bola api. Ia seperti meteor tapi jauh lebih besar.

"Meteor berbentuk halus tetapi bola api lebih besar dan boleh dilihat pada waktu siang juga. Ia mencapai kecerahan bulan separuh atau bulan purnama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, menerusi laporan yang diterima daripada IMO, sebanyak 57 kejadian seumpama itu telah direkodkan tahun ini, dengan yang terbaharu di Bali, Indonesia, Januari lalu.

"Ia merupakan batu dari angkasa lepas, bergesel melanggar atmosfera bumi, bila panas menyebabkan ia terbakar, ia sama ada meletup di udara atau jatuh ke permukaan. Pecahan-pecahan itu kami jangkakan ada yang telah memasuki ruang udara bumi dan ada yang hangus di galaksi," katanya.

Ditanya kebarangkalian impak kerosakan yang boleh terjadi ekoran kejadian bola api, katanya, ia bergantung kepada saiz yang memasuki ruang udara bumi.

Sekiranya ia terlalu besar, ia akan menghasilkan fenomena ‘Sonic Boom’ atau letupan yang kuat seperti yang berlaku di Sabah, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan kerosakan atau impak yang berlaku berikutan kejadian itu.

Ahad lalu, penduduk sekitar Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Labuan digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran antara lima sehingga enam saat kira-kira jam 11 pagi hari berkenaan.

- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.312553 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list