CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7416|Reply: 22

Raja Hawaii Yang Mengaku Dirinya Melayu

[Copy link]
Post time 15-2-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sewaktu Raja Hawaii ini berkunjung ke Siam bersama-sama orang kanannya, beliau menziarahi Raja Chulalongkorn di Istana dan beramah mesra. Raja Hawaii ini mengatakan bahawa beliau mempunyai darah melayu dan ia dibalas oleh Raja Siam dengan menyatakan bahawa bangsa Siam juga mempunyai pertalian dengan Melayu.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1881, Raja Kalakaua meninggalkan Hawaii dan menjadi raja pertama di dunia, untuk melakukan perjalanan keliling dunia untuk mempelajari masalah imigrasi dan meningkatkan hubungan luar negeri. Dia juga ingin mempelajari bagaimana para penguasa lainnya memerintah. Dalam ketidakhadirannya, saudara perempuan dan pewarisnya, Puteri Liliuokalani, memerintah sebagai Pemangku Raja (Raja Leleiohoku, mantan pewaris, telah meninggal pada tahun 1877).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 15-2-2019 08:40 AM

Sebelum tu.
Tered ni dah pernah ado ka

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Persinggahan pertama Raja Kalakaua ialah ke San Francisco di mana ia mendapat sambutan rasmi dari kerajaan. Kemudian beliau berlayar ke perairan Jepun, di mana dia bertemu dengan Maharaja Meiji. Ia melanjutkan melalui Dinasti Qing di China, Kesultanan Johor, Siam di bawah Raja Chulalongkorn (Rama V), Burma, Raja English Mesir, Itali, Belgium, Jajahan Jerman, Austria-Hungary, Republik Ketiga Perancis, Sepanyol, Portugal, Jajahan Raja English dan Ireland, dan kembali melalui Amerika Syarikat sebelum kembali ke Hawaii.

Sejak sekian lama, rumpun Austronesia ini turut dikenali sebagai rumpun Melayu. Pada tahun 1879, untuk pengetahuan semua, parlimen Haiwaii dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang Raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Mereka saling memanggil “ADIK BERADIK MELAYU YANG HILANG.”
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 09:49 AM | Show all posts
wow..baru tau ni.. ada kemungkinan kah sebab tu native hawaiian nampak cam melayu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sultan Johor mempunyai pengaruh yang besar. His Highness Sir Sultan Abu Bakar memerintah Johor sekitar tahun 1868 hingga 1895 dan Menteri Besar Johor Pertama pada tahun 1882. Perlu diingat Sultan Johor adalah Sultan Melayu yang dihormati oleh Queen Of England pada masa itu , Kerana sebab itulah penasihat English di Johor pada tahun 1900 hanya sebagai Konsul dan bukannya Residen, maksudnya wakil kerajaan English ini hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja dan tiada kuasa campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran Johor.

(sebab itulah juga Johor hingga sekarang mempunyai Johor Military Force(JMF) – Tentera Setia Negara  yang disahkan dan perakui DI bawah Enakmen Undang-undang Johor pada tahun 1880-an)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada negeri-negeri di Malaysia hingga sekarang mempunyai kuasa menubuhkan atau mempunyai pentadbiran tentera sendiri kecuali Johor sahaja.

Sebabnya Undang-undang Johor telah ada semenjak 120 tahun yang lepas sebelum Malaysia merdeka lagi. Ini adalah mengapa Johor juga agak berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 15-2-2019 09:49 AM
wow..baru tau ni.. ada kemungkinan kah sebab tu native hawaiian nampak cam melayu?

Hat tu ada aku baca. Nanti kalau jumpa aku tepek balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
HUBUNGAN AKRAB JOHOR DAN HAWAII

Semasa kakak King Kalakalao di timpa musibah politik, Sultan Johor menawarkan Queen Lilioukalani untuk menubuhkan kerajaan diRaja Hawaii di luar negeri (Johor), tetapi ditolak kerana  tidak mahu meninggalkan Hawaii.

Lagi sekali, semasa lawatan ke-2 1896, Sultan Johor menawarkan sokongan kepadanya, tetapi lagi sekali ditolak dengan hormat. Queen Lilioukalani ni terkenal kerana pada portrait negara, dia memakai seutas rantai taring harimau yang dihadiahkan oleh Sultan Johor semasa lawatan King Kalakalao. Pada King Kalakalao pula, Sultan Johor menghadiahkan senaskah Al Quran bertinta emas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 15-2-2019 09:49 AM
wow..baru tau ni.. ada kemungkinan kah sebab tu native hawaiian nampak cam melayu?

Google Malayo-Polynesia
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 03:17 PM | Show all posts
orait...tq beb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Setelah sekitar 100 tahun hidup di bawah monarki, perebutan terhadap takhta di Hawaii pemerintahan Raja David Kalakaua akhirnya meledak. Ketika dia meninggal pada 1891, saudaranya Lili’uokalani menggantikannya sebagai ratu. Namun dia digulingkan dalam sebuah kudeta 1893 oleh pemimpin perniagaan.


Sebuah pemerintahan baru, Republik Hawaii, kemudian dibentuk pada 1894 dan kemudiannya menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898. Pada 1903, Negeri Melayu (Hawaii) ini jatuh ketangan Amerika Syarikat sehingga sekarang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Petikan dari buku: Around the world with a king

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
“Kalākaua’s remarked to the Siamese King that “Polynesians had Malay blood”, King Chulalongkorn replied, “The Siamese are partly Malay; we are related (Armstrong 126)”

From Siam, the King continued to Singapore, Johore, Malaya, and the British Indian Empire (including Pakistan and Burma). The Maharajah of Johore [Sultan Abu Bakar] and the King compared common legends and common words (such as API in Malaysian and ahi in Hawaiian for fire; alima in Malaysian and Lima in Hawaiian for five), concluding that Malays and Polynesians were long-lost Malay brothers (Armstrong 144). This expression would later be part of the Pan-Malaysian movement led by such imminent scholars as Dr. José Rizal, Philippine Representative Wenceslao Vinson’s, and President Diosdado Macapagal (father of the current president of the Philippines). The idea of “long lost brothers” of a great Pan-Pacific Malay maritime civilization stretching from Malaysia to Hawaii would become a major theme in the national liberation struggles of Southeast Asia until today.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
The King was also introduced to Islam from the Maharajah of Johor who also gave him a green and gold copy of the Qur’an (Armstrong 145). In letters from Malaysia, the King remarked to his sister how Malays looked very similar to native Hawaiians and that the Maharaja looked exactly like Prince Leiohoku, the late husband of Princess Ruth Ke`elikolani. The King described the Maharajah as:

  …The Maharaja is a splendid man. He is liked and beloved by all nationalities here in Singapore especially the ladies. He is a fine looking man and resembles the first Leleiokhoku very much. If he could have spoken our language I would take him to be one of our people the resemblance being so strong…. (Letter of King Kalakaua to Princess Liliuokalani, May 12th, 1881).
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca dulu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 15-2-2019 11:09 AM
Google Malayo-Polynesia

Ya betui. Ras polynesia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 07:33 AM | Show all posts
Bintang Hollywood , The Rock ,berasal dr Solomon mengaku ada darah Melayu,

dah dua kali mai Malaysia,
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 05:40 PM | Show all posts
Edited by gbam at 16-2-2019 05:42 PM

ya kaum melayu tersebar luas, sehingga ke magadascar di sebelah barat, sehingga ke orang asli maori di new zealand di sebelah timur, sehingga ke taiwan (ada orang asli taiwan disana), utara jepun (ada penemuan keris disana).

atau kalau nak lebih senang buat je dna ancestry test, boleh tau pola pergerakan ratusan tahun ke belakang

https://easydna.my/dna-tests/
https://easydna.my/dna-ancestry-tests/
RM1800 je berbaloi ke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:29 PM | Show all posts
melayu itu kaum bukan bangsa

tiada catatan sejarah kuno yang kata melayu itu bangsa

yang menciptakan istilah bangsa melayu itu penjajah eropa

nenek moyang melayu dulu tak pernah cipta istilah bangse melayu

tak de langsung satupun tulisan melayu kuno yang kate ade bangse melayu sume dari buku karangan penjajah eropa je

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
gbam replied at 16-2-2019 05:40 PM
ya kaum melayu tersebar luas, sehingga ke magadascar di sebelah barat, sehingga ke orang asli maori  ...

Mahal nau pulak...agaknya test ni mmg tepat ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.075668 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list